Kekeliruan Di kalangan Pengguna Internet

14 08 2007

Salam Sejahtera kepada pengunjung2 blog.modelniaga.com.. Selamat datang saya ucapkan kpd sesiapa dari modelniaga.com/tips sebelum ini. Tujuan saya menutup laman/blog tersebut disebabkan saya merasa agak bosan dengan penulisan saya di sana dan sememangnya  saya sudah hilang arah untuk terus menulis di sana disebabkan terdapat beberapa masalah yang timbul yang saya akan ceritakan di kemudian hari. Terima kasih kepada anda yang masih sudi melawat blog yang tak seberapa ini. Oh yer sebelum saya terlupa, kepada anda yang pernah melinkingkn laman anda di blog tips sebelum ini bolehlah claim kembali yer link tersebut kpd saya untuk saya letakkan di blog ini. Ada juga laman yang agak popular yang saya telah linkkan sendiri cuma saya belum memberitahu admin blog tersebut untuk membuat “link exchange”. Kali ini cadangan saya mahu mulakan hidup baru dengan keindahan blog.modeniaga.com ini.

Kekeliruan yang saya maksudkan di sini di kalangan pengguna internet ialah kebanyakkan mereka tidak tahu-menahu kaedah membuat duit di internet. Hal ini terjadi kpd saya sewaktu rakan2 saya bertanya kpd saya “adakah orang yang masuk kat laman ko tu ko dapat duit?”, “wah, wah, wah, promote sakan nampak laman web ko kat kitorang, ko yang dapat duit, buat aper aku nak masuk”, Oh tidak kurang hebatnya ada yang bertanya, “Ko dapat duit orang yang melayari laman ko tu dari bil diorang ke”?..HEHEHe :) Ketawa saya dibuatnya. Itulah yang sering ditanya oleh mereka. Ok, di sini saya ingin menjelaskan bahawasanya admin/webmaster sesebuah laman web tidak mendapat apa2 faedah @ duit daripada laman web mereka jika laman web mereka tiada apa-apa program internet atau produk mereka sendiri untuk dijual. Sebenarnya, mereka mendapat wang daripada melakukan jualan produk mereka sendiri, menyertai program affiliate dan PPC seperti Google Adsense. Pada pandangan saya, menyertai program affiliate adalah lebih menguntungkan tetapi memerlukan kuasa promosi laman web yang mantap. Jika anda seorang yang mahir dalam berbahasa inggeris, Program PPC seperti Google Adsense amat digalakkan untuk anda. Jika blog anda berbahasa melayu seperti bolg saya, sertailah program affiliate yang menjualkan produk2 dalam bahasa melayu.

Inilah antara penjelasan ringkas yang saya dapat berikan kepada anda yang masih lagi keliru dengan “ungkapan cari duit di internet ini”..Jika anda masih lagi musykil, sila tinggalkan komen anda di akhir artikel ini. Anda sememangkan digalakkan untuk meninggalkan komen anda di sini

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>