Jenis Pembayaran Terus Ke Bank Malaysia
2 10 2007Assalamualaikum atau selamat sejahtera. Wah..melihat perkembangan yang bertambah baik dalam membuat pengeluaran transaksi di Malaysia dari semasa ke semasa. Antara nya ialah kaedah pembayaran google adsense earning dapat dilakukan dengan western union di Malaysia. Untuk mengetahui cawangan-cawangan yang berdekatan dengan tempat anda silalah semak di http://www.payment-solutions.com/agent.asp, ok biasanya anda cuma perlu letak nama bandar anda, negeri, dan negara anda sudah memadai. Macam saya kalau nak tebus cash duit adsense earning nanti cuma pergi ke CIMB kat Taiping saja, Bangunan Majlis Perbandaran atau di Perlis ni, Kangar, CIMB Jalan Penjara. Sebelum anda hendak menebus wang adsense anda silalah sertakan dokumen penting seperti I.C anda, untuk keterangan lanjut tentang western union ini sila klik https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=62330&useful=1&show_useful=1 . Ini lebih mempercepatkan bayaran yang dapat dilakukan oleh pihak google kepada kita so tak perlulah tertunggu-tunggu lagi untuk cek sampai ke rumah 2-4 minggu.
Oh!! lagi satu berita baik ialah kini wang dari Paypal juga kita dapat keluarkan terus di Malaysia menggunakan Kad Debit/kredit Public Bank antaranya. Mengapa kad debit/kredit Public Bank?? kerana tidak semua kad debit/kad kredit Malaysia ini diterima oleh Paypal. Tetapi ini mungkin dalam tahap percubaan oleh pihak Paypal..so tak susah-susah nak buka akaun di US atau di Singapore lagi yer..Saya belum lagi mencuba mengeluarkan wang Paypal saya. Tetapi En Sukeri telah pun melakukan transaksi tersebut dan sedang menunggu transaksi tersebut disahkan. Ia memang mengambil masa antara 5-6 hari ataupun seminggu.
Oh!! ada lagi berita baik, anda juga boleh menyertai program affiliate http://paydotcom.com dan jika anda dapat melakukan jualan bayaran akan dibuat menggunakan akaun paypal anda yer.
Sekian saja posting hari ini.
P/S: Semoga anda bergembira di atas info-info yang saya rumuskan di atas. Pesanan saya adalah gunakan segala kemudahan-kemudahan yang diberikan ini dengan cara yang berkhemah yer. Semoga lepas ni http://clickbank.com pula memberi ruang kepada kita melakukan sign-up di dalam alamat negara sendiri.









.gif)










Hmmm… masih ada cara untuk orang Malaysia join Clickbank. Saya menggunakan kaedah yang di terangkan di http://www.rahsiaakudanclickbank.com untuk membuka akaun Clickbank