Sample Produk Perniagaan
8 07 2008Memberi sample adalah perkara yang harus dilakukan sekiranya anda memilih untuk menjual produk jenis ebook atau digital. Dengan adanya sample, pelanggan akan dapat lebih maklumat mengenai produk anda. Sekiranya anda mempunyai produk yang bagus dan berkualiti, anda akan mampu meningkatkan jualan daripada biasa. Ini terbukti keatas produk-produk seperti jana-wang-adsense.com, ppc percuma, rahsia10k dan sebagainya. Ini adalah antara produk yang terbaru pada tahun ini(semasa artikal ini ditulis).
Sample produk anda mestilah ringkas dan ia adalah ulasan daripada produk anda yang sebenar. Sekiranya anda dapat buat sample yang sudah boleh membantu prospek anda ia adalah lebih baik sebenarnya. Ini terbukti jika anda subscribe jana-wang-adsense.com, modul 6 adsense itu adalah sangat mudah difahami. Walaupun hanya berpandukan sample itu, anda sudah mampu menjana wang dengan teknik-teknik ringkas itu.
Secara peribadi, sekiranya anda ingin melakukan sebarang perniagaan internet, lakarlah sample dahulu supaya prospek lebih yakin dengan produk anda. Walaupun anda berada dalam dunia perniagaan offline sekalipun, sample tetap menjadi strategy pemasaran yang penting. Ini terbukti semasa saya pernah tinggal di Penang dahulu, adalah sebuah kedai nasi kandar yang akan memulakan operasi kedainya. Sebelum membuka sepenuhnya, mereka memberi makan secara percuma setiap pelanggan yang lalu di kedai mereka selama 3 hari. Kini, kedai tersebut sudah ada pelanggan tetap mereka dan terus mendapat kunjungan.
So far.. rangkalah perniagaan anda dengan memberikan sample kepada prospek anda. Inilah antara strategy perniagaan terutamanya sekiranya anda melakukan perniagaan internet jenis produk digital atau ebook.
P:S: Letih buat budget 2009 untuk nursery.









.gif)










Recent Comments