Apakah yang kita cari di dalam dunia perniagaan online?
6 07 2008Apakah yang kita cari di dalam dunia perniagaan online? Adakah mencari wang..mencari kekayaan..mencari kemewahan..mencari kesenangan..mencari…mencari.. dan terus mencari.. macam anak ayam mencari ibunya sewaktu dikejar musang. Masih ingat lagu itu masa zaman persekolahan, di zaman itu saya tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan, kini adik saya yang baru berusia 6 tahun sudah pandai berniaga. Dari manakah dia dapat idea untuk berniaga itu? Dari manakah dia mencari model perniagaan jenis itu? Ini semua bermula setelah ayahku memberinya sekotak pensil 2B. Lalu dia pula menjualnya sebatang demi sebatang kepada rakan-rakan sekelasnya tanpa pengetahuan ayah. Sedangkan harga sekotak baru ada RM4.00 (12 batang), dia menjual rm0.50 sebatang lebih murah dari yang ada dikedai, maknany disini jika adik saya berjaya menjual kesemua pensil-pensil itu dia akan beroleh keuntungan sebanyak RM2.00 .. siapakah yang mengajar dia berniaga?…Tanyalah adik saya…
Adakah kebolehan menjalankan perniagaan diwarisi oleh keturunan? Atau memang kelebihan ahli perniagaan itu sendiri? Tips modelniaga pagi ini, mencari model perniagaan yang sesuai adalah skill masing-masing. Setiap orang dikurniakan kekuatan pada sudut-sudut tertentu sebenarnya. Kita boleh mencari kekuatan diri sendiri di sudut itu. Anda bukan lahir dari keturunan ahli perniagaan? Saya juga bukan lahir dari situ, tapi dunia keusahawanan ini amat luas untuk digarab oleh semua orang. Bayangkan, jutawan terkemuka dunia pernah memberitahu beliau menjadi seorang jutawan kerana belia pandai menggunakan akalnya.. so far… gunakan akalmu untuk mencari model perniagaan yang sebenar dan serasi dengan dirimu…
Sekian..
P:S: Selamat Bekerja…









.gif)










Recent Comments