Sebaik-baik ilmu pengetahuan
20 09 2007Sebaik-baik ilmu pengetahuan
Diantara ciri-ciri kebahagian dan kemenangan seorang hamba adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. Setiap bertambah amal-amal soleh yang dilakukannya, bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah ambisi-ambisi keduniaannya.
Rasullah s.a.w bersabda yang maksudnya, “Semua anak Adam(manusia) sering melakukan kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang melakukan dosa ialah orang-orang yang suka bertauba. ” (H.R Tarmizi).
Hidup di dunia ini hanya sementara. Kita hanya disinggahkan sebelum meneruskan perjalanan menuju kehidupan abadi kelak. Hidup harus ada matlamat, sebagaimana juga melakukan sesuatu pekerjaan pastinya kita mahu kerja tersebut selesai seperti yang diojangkakan. Juga kita mahu mencapai hasil terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Lumrahnya, jika kita mahu orang berbuat baik terhadap kita, kita juha harus berbuat kebaikan kepada semua orang. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang ikhlas dan bersih hati tatkala melakukan kebaikan kepada orang lain. Moga kita terhindar daripada menjadi di kalangan orang-orang yang sentiasa mempunyai niat lain atau ‘ada udang disebalik batu’
Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang menginginkan dunia wajib dengan ilmu. Barang siapa yang ingin akhirat, wajib dengan ilmu. Dan barang siapa inginkan kedua-duanya maka wajib dengan ilmu.”









.gif)










ini ada hadiah khas utk sedara yang mencarik high paying keyword list
http://www.hafreze.com/2007/09/free-50-high-paying-keyword-list.html