Promosikan diri anda di Interview di UiTM Perlis-Important First Impression
10 09 2007Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Promosikan diri anda semasa berhadapan dengan suasana interview. Hari ini adalah hari yang amat bersejarah dalam hidup saya dimana first impression saya telah pun selesai di sebelah pagi tadi. Hari ni, Syarikat dari PKNK iaitu Kumpulan Ladang-ladang Negeri Kedah telah datang ke UiTM Perlis untuk menemuduga seramai 12 orang pelajar dari UiTM Perlis dari kos perladangan. Tak sangka pula saya merupakan orang pertama yang telah di interview. Pada mulanya mmg darah gemuruh juga tapi bila dah masuk dalam bilik interview tu introduce diri dah jadi tak gemuruh lagi. Alhamdulillah berkat praktikal di Ladang Kalumpong (Bagan Serai) telah pun memudahkan saya lagi untuk menjawab segala persoalan-persoalan yang diajukan. Inilah pentingnya first impression. i hope semua member2 yang datang interview mendapat tempatlah nanti.
Tips interview? oh tak banyak yang saya tahu tapi yang paling penting jangan banyak “songe”. Kalau dia tanay adakah anda bersetuju untuk dihantar ke Sabah, Sarawak atau Kalimantan? so jawab saja Of Course !!! hehe…itulah resepi interview. I dont no la dapat ke tidak tapi dah perform habis..nampak gaya diorang macam nak pakai orang sangat disebabkan ada kawasan baru yang telah pun dibuka di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. I think tadi dia cakap 23000 ekar di sarawak saja. So inilah peluang-peluang yang ada dalam sektor perladangan ini. bagaimana pula dengan anda? Oh.. Dalam interview juga kita mesti confident apa yang kita jawab kalau benda tu kita memang tak tahu atau lupa cakap saja tak tahu atau lupa.Diorang tak keysah. Kalau ada rezeki nanti after i grad terus saja terbang ke sana. doakan saya semua. walaupun perform dalam bidang perladangan ini namun Perniagaan Internet Masih Dihatiku. Hidupku tak dapat lari dari dunia Perniagaan Internet ini..Jika anda ada apa-apa komen dan tips2 menarik semasa interview dan promosikan diri ni boleh berikan komen anda di sini. Sangat dialu-alukan tau…
Oh lupa pulak. Mengapa First Impression penting dalam segala hal? becoz first impression merupakan anak tangga kejayaan kita di masa hadapan. Sama juga macam laman web. Jika laman web tersebut bagus dan penuh dengan informasi sudah tentu ia dapat menarik peminat untuk terus membaca segala informasi yang ada di dalamnya bukan? Sememangnya saya akui sukar untuk menulis content yang freash dari diri senri tetapi pengalaman menulis yang pertama itu akan dapat kita improvekan kepada tulisan-tulisan kita yang akn datang. inilah tip menulis kepada pengunjung yang baru ada blog sendiri. jadikan pengalaman anda dalam kehidupan seharian sebagai bahan tulisan pastinya anda akan terus menulis dan terus menulis. Sekian saja pada hari ini…









.gif)










Kalau dapat posting kat Sarawak/Sabah, datang jangan tak datang. Sy dah 9 bulan kat Sarawak ni, tak nyesal. Memang best! Mungkin lepas ni pindah ke Sabah plak…
wah..mmg kalau ada rezeki mmg pegi juga di sana..tq zul coz lawat laman ni..
First impression is very important. Bukan sahaja sewaktu menghadiri temuduga, tetapi dalam apa jua situasi ketika kita berhadapan dengan seseorang atau sekumpulan individu pada kali pertama. Apakah tanggapan seseorang sewaktu ia menemui kita pada kali pertama. Kita tentu mengharapkan tanggapan tersebut bersifat positif. Maksudnya kita mahu orang melihat kita secara positif dan pada benda-benda yang positif sahaja. Tentunya hal yang demikian tidak berlaku secara spontan. Kita harus bersifat jujur. Kita tidak memaksakan sesiapun menyukai sesuatu yang memang terbukti tidak baik atau kurang bagus. Penampilan harus diusahakan. Kita harus mempertonton diri sendiri dengan penampilan yang baik. Pada masa yang sama, kita mesti punya ketrampilan (kemahiran) dalam komunikasi agar setiap tutur dan gerak kita berupaya “convince” penilai atau pendengar. Saya percaya anda telah mempersiap diri untuk semua itu. Selamat berjaya meraih cita.
Kalau kena posting ge Sabah, agak2 kena kat maner? Kalau kena ladang kelapa sawit, jwbnya area Tawau, Sandakan and Lahad Dato kot…. x pun Semporna…sana seafood murah tau, fresh2 pulak 2… setakat lobster jual tepi jln pun ade…hehehe…
Boleh lah ge jln2 ‘melencong’ ke Pulau Mabul ke…best woooo….
Btw Zul…”reti dah kah kelakar Sarawak? mun sik reti jua kena belajar tuk…” hehehe…adelah pengalaman skit masa study kat Matrikulasi Permai Jaya, Kota Samarahn…2 pun 1 bln je, lepas dpt result SPM cabut lari…hahaha…masa 2 masuk ikut trial, bila result sebenar meletup apa lagi…cabut lah…hehehe…
Bukan sebab kat sana x best, best wooo…tinggal kat banglo sebijik2 wooo…ala2 resort sbb dr kayu…pulak 2 tingkat, living room 2, dapur semua lengkap (tp mkn kat dewan makan, hahaha), 1 bilik 2 org je kongsi…1 rumah 7 org je duduk (masterroom share 3 org ler), mau x best?!
Yg x bestnyer, course 2…sains…huhuhu…kite ne dah lah jiwa sentimental, suruh pulak masuk sains, buat assigment pun cover penuh bunga2…huhuhu…jawabnya cabut lari lah…hehehe…
…”reti dah kah kelakar Sarawak? mun sik reti jua kena belajar tuk…” aper maknanyer lynn? laksa sarawak ke? hehe tak ada pengalaman di sana la.. tapi masa interview dulu tu ha dia kata nak anta ke banjaran kroker kalo dapat..area mane tu yer?? mmg kejer lah lepas nih..nak blaja mugkin stop dulu..nak praktikkan semua ilmu yg ada ni kat ladang2..berkhidmat untuk anak bangsa..oh, jiwa sentimental tak bleh ke amik sains ke?? dulu saya jiwa sentimental juga pastu kena train hari2..kena lanyak hari2 mmg dah jadi jadi tak bermental dah..hehe gurau ajer..masih waras lagi ni..orang tak waras tak boleh berjual beli oooo sbb tak mukallaf..jual beli jadi terbatal…faham yer hukum bai’ atau jual beli dlm agama…