Koridor Utara (NCER, North Corridor Economic Region)
30 08 2007Koridor Utara (NCER, North Corridor Economic Region) Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Penduduk dijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun. Laman web khusus tentang NCER ialah www.ncer.com.my yang menyediakan maklumat mengenai rangka kerja pertanian, pelancongan, alam sekitar, pembuatan dan pembangunan modal insan bagi wilayah utara Semenanjung. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untuk melahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistik menunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar purata kemiskinan bagi seluruh negara. Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi pengerusi NCER.bersama dengan Menteri-menteri Besar Kedah, Perlis dan Perak serta Ketua Menteri Pulau Pinang.









.gif)










Recent Comments