Antara Minat Dan Mood Model Perniagaan Internet; Program yang dianggap tidak berjaya.

10 11 2007

Antara “Minat” Dan “Mood” Model Perniagaan Internet; Program yang dianggap tidak berjaya.

Walaupun masa bercuti saya tinggal 1 hari saja lagi saya mahu buat posting lebih awal. Saya rindukan blog saya ni dan pembaca semua. Dalam tempoh percutian ini, saya dapati pelawat semakin berkurangan dan sudah sampai satu tahap yang agak serius iaitu “zero”. Biasalah tu kalau lama tak buat apa-apa posting memang orang tak masuk. Tapi kalau buat posting pun, semestinya posting yang paling menarik yang akan mendapat sambutan dan komen yang hangat-hangat.

Pada hari ini saya ingin dedahkan sesuatu perkara yang selama ini saya tidak sedar iaitu “minat” dan “mood” perniagaan internet. Sememangnya setiap perkara yang kita buat adalah mengikut minat kita dan mood kita. Minat dan mood ini adalah sesuatu yang berlainan. Saya membuat sesuatu mengikut minat juga tetapi kadang kala mengikut mood. Saya tidak tahu di mana saya sehingga pada hari ini. Mood sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran kita dalam membuat sesuatu perkara atau pekerjaan. Mood saya diakhir semester ini adalah mood sedih, gembira dan bercampur baur antara keseronokkan dan kesedihan untuk meninggalkan kampus yang tercinta.

Mood gembira ketika dalam minggu peperiksaan ialah akaun adsense saya dah penuh $100. Didalam suasana yang begitu getir semasa menghadapi peperiksaan saya sempat lagi monitor adsense saya jangan sampai berlebih lebih. Kang kalau terlebih lebih adalah habuan nak kena ban agaknya dgn google :). Ini membuatkan mood saya stabil sikit bila tengok figure earning saya.. silalah ke suhaildpm.com kalau teringin nak tengok figure tu.

Mood yang menyedihkan saya pula ialah saya mahu menutup jualan megasales saya kerana tiada sambutan. Yang saya terpaksa tanggung ialah kekurangan “space” sahaja. Saya tahu punca produk produk tersebut tak pernah mendapat sambutan ialah kerana produk tersebut adalah milik orang dan bukan milik saya sendiri. Saya beli daripada orang juga secara pukal. Ermm mengeluh sekejap…

Sebenarnya jualan megasales itu ada sejarahnya tersendiri kepada diri saya. Saya mula promosikannya sewaktu pertengahan Ramadhan baru-baru ini. Pada mulanya target saya ialah nak cari duit poket untuk beraya tahun ini dengan menjual produk tersebut tetapi malang sekali mimpi tidak menjadi kenyataan. Di ketika itu sememangnya saya begitu kesempitan sekali. Nak balik kampung pun motor rosak dan sebagainya dan perlukan wang yang begitu banyak untuk membaiki nya. Harapnya dengan hasil jualan megasales itulah nanti akan membaikkan sikit ekonomi saya tetapi sebaliknya yang terjadi. Ketika itu adsense earning saya pun hanya sejemput ajer impressionnyer inikan pula mahu clik thru. Pada ketika itu juga lah macam-macam kempen cari duit lebih diadakan oleh mereka-mereka yang tak bertanggung jawab seperti antaranya kempen “perigi buta”(bukan nama sebenar) dan sebagainya. Tidak hairanlah perkara seperti ini ditentang habis-habisan oleh otai-otai markerter Malaysia antara yang saya sempat baca ialah luahan rasa smartzul dan naem.

Saya akui bahawa sales letter yang saya guna di laman megasales tersebut adalah bukan asli daripada saya. Saya cuma ubah sikit sahaja mungkin tak sampai 10%. Walau bagaimanapun design dan grafik masih asli daripada saya :). Kini, mood saya sudah hilang untuk menjual produk sedemikian yang juga boleh didapati secara percuma di internet kerana lambakkan.

Teori demand mengatakan “That as prices rises, the quantity demanded decreases and that price falls, the quantity demanded increases. Its says that people will buy more good lower price than they will at a higher prices”. Jika sudah terdapat lambakan seperti ini, di manakah lagi saya nak cari makan dengan hanya menjual produk seperti ini bukan? :9. Adakah orang nak beli jika saya hanya meletak nilai produk yang hampir 300 Megabyte ini dengan hanya serendah harga secawan teh ‘O’ panas Sahaja!!!?? (Ops!! saya tak minum teh tarik)….

Now!! saya dah malas nak fikirkan apa-apa lagi tentang semua itu. Menjual pada saat produk tersebut masih baru wujud adalah sesuatu yang sangat bijak. Ini adalah tips yang saya terima daripada saudara Amirol. Didalam minggu peperiksaan ini juga saya sempat mendownload beberapa ebook percuma antaranya 6 module adsense, 101 cara tarik traffik dan Laporan Mohd Amirol “Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet” dan 5-Pembohongan-BESAR-Perniagaan-Internet from Amirul Faisyal…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

One response to “Antara Minat Dan Mood Model Perniagaan Internet; Program yang dianggap tidak berjaya.”

16 11 2007
suhail (22:00:57) :

try to comment..saya dah mula bercuti semester akhir..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>