Megasales modelniaga.com telah ditutup hari ini

21 11 2007

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Untuk pengetahuan, laman web megasales.modelniaga.com telahpun ditutup pada hari ini. Saya ingin membuat sedikit rumusan tentang megasales tersebut. Pada khemat saya, ini adalah suatu cabaran bagi saya kerana saya terpaksa menanggung kekecewaan di atas laman tersebut. Kekecewaan tersebut ialah saya tak dapat membuat sebarang jualan pun produk tersebut. adakah ini merupakan kesilapan saya yang tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan promosi. Sehinggakan di ebay.com sekalipun saya telah masuk untuk melakukan promosi cuma di forum2 jer saya tak buat. namun begitu produk sebegini memang seawalnya wujud sahaja dapat sambutan hangat dan bila nak jual kembali memang amat payah. rasanya kewujudan produk ni dah 3 nak masuk 4 bulan lamanya. So, saya akan jadikan ia bonus bagi produk saya yang akan datang because saya sendiri belum pernah melakukan jualan bagi produk sendiri.

Untuk pengetahuan anda semua, bukanlah semudah yang disangka untuk menghasilkan sesuatu produk terutamanya produk digital yang bermutu. Yang mengarut memang amat banyak di pasaran sekarang ni. Model Perniagaan Internet merupakan sesuatu yang luas dan amat-amat luas dan ia merangkumi banyak bab yang harus anda semua perlu ketahui. Walaupun begitu, tak semua anda mampu untuk ceburi.. anda perlu tahu cuma 1 perkara yang seringkali diulang-ulang iaitu “fokus” pada suatu perkara yang benar-benar boleh membawa hasil kepada anda. Bagi saya saudara, Program Google adsense memang benar-benar berhasil. Oleh sebab itu jugalah anda tidak pernah nampak saya menjual suatu produk ciptaan sendiri bukan? semestinya saya sedang berfikir untuk yang terbaik dikalangan peminat modelniaga.com.

Adakah relevannya google adsense dengan perniagaan internet?? sememangnya relevan juga kerana kemunculan google adsense adalah daripada google adword. Tanpa Premis atau Peniaga takkan wujud google adword apatah lagi google adsense bukan? Namun begitu ia bukanlah suatu perniagaan tulen tetapi semestinya anda harus membuat promosi juga bukan selain dari mengharapkan SEO itu sendiri.

Penjualan produk jenis MRR dan RR ni banyak kerenahnya saudara. Kadang-kadang kita beli saja secara pukal namun susah kita nak menjualnya pada harga yang lebih tinggi dari yang kita beli itu. Tetapi tak semua begitu, yang menjadi persoaalan disini adalah sejauh mana produk itu dapat dilindungi serta dihadkan kepada penjualannya..

P.s: Sedih juga bila jadi macam ni tapi lagi sedih kalau terus dibiarkan saja laman web yang usang itu.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

2 responses to “Megasales modelniaga.com telah ditutup hari ini”

23 11 2007
titan (02:57:04) :

Ehm..tak apa. Usaha tanga kejayaan. Terpulang pada kehendak masing-masing.

Camna nak dapat sales? Promote dan keep promote..Itu sahaja. sales takkan dapat kalau diam diri je..

23 11 2007
Suhail (16:37:18) :

tq titanium coz sudi berkunjung ke blog ni.. mmg teknik promote yang betul akan menghasilkan sales.. pastu kena banyak bersabar.. tapi saya rasa ada satu idea utk wujudkan sales iaitu dgn memberi bonus produk ini keatas produk saya yang bakal saya lancarkan suatu hari nanti..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>