Kehangatan pasaran ebook tempatan
30 12 2007Assalammualaikum wbt atau salam sejahtera. Kehangatan sambutan ebook dikalangan penduduk Malaysia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ini terbukti menerusi akhbar yang sudah ada yang memberi tawaran percuma kepada sesiapa sahaja yang mendaftar dengan sesebuah laman web. Ini bermakna pasaran ebook amat berpotensi untuk maju di negara ini. Walau bagaimanapun ia semestinya memilih topik-topik yang menarik untuk dibukukan. ebook juga dapat menjimatkan kertas yang begitu mahal sekarang ini untuk membukukan sesebuah karya. Ebook yang asli semestinya akan mendapat sambutan hangat daripada segolongan masyarakat mengikut topik tertentu. Tidak mustahil saya katakan ebook ilmiah masih kurang di Pasaran tempatan sebab itu pasaran terhadapnya hangat dan begitu memberangsangkan. Ebook yang mengajar anda cara buat duit di internet sememangnya sangat banyak di pasaran tempatan ini namun bagi kita tidak dapat ketepikan karangan karyawan tempatan menerusi ebook mereka. Ini terbukti menerusi pra pelancaran ebook daripada seorang karyawan tempatan iaitu Encik Abd Bashid Harun menerusi ebook beliau “Koleksi Artikel Abd Bashid” menerusi laman webnya iaitu www.artikel-asli.gurubashid.com . Ia banyak kupaskan topik-topik menarik dalam bidang Politik dan Pendidikan Negara pada masa kini. Sememangnya 100% hasil penulisan beliau kali ini.
Sekian.









.gif)










Recent Comments