Bagaimana Nak Mulakan Perniagaan Internet!!
16 11 2007Hai semua, setelah sekali sekala menyepi saya datang lagi dengan membawa sedikit tips untuk anda. Saya baru saja selesai membaca post dari blog http://mohdamirol.com/2007/11/15/langkah-pertama-persediaan.html, memang bagus artikelnya. Kepada anda yang masih belum membaca silalah klik pada link tersebut.
Oh, memang begitu sukar untuk memulakan perniagaan internet ini. Tidak semudah yang kita semua sangkakan sebenarnya. Orang hanya melihat bila seseorang usahawan itu berjaya dan kesenangan yang mereka nikmati sekarang sahaja!!! tetapi kita tidak lihat liku-liku yang pernah mereka lalui sebelum ini. Saya juga masih mentah dalam dunia online ini, terlalu kerdil diri ini jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan online. Walau bagaimanapun ia bukanlah masalah bagi saya untuk mengatasinya. Kita ada akal, diberikan akal untuk kita terus berfikir dan belajar. Akal ini sangat terhad saudara, sebab tu kita takkan dapat mengutip segala maklumat bagaimana nak cari duit kat internet ini sekali gus saudara.
Maklumat memang sangat banyak tetapi inilah pentingnya fokus saudara. Fokus..Fokus.. Sehingga kini saya masih fokus pada adsense sebenarnya sebab tu saya letakkan PPC Report kat atas tu.. klik jer kat situ.. memang ramai yang mintak tips kat saya. Ada tu terus saja mesej saya.. Saya memang gembira bila ada yang mesej saya untuk tahu tentang tips adsense, bina web dll ini. Tetapi kalau boleh kita mesti kena ada give and take.. apakah yang dimaksudkan give and take ini? ”Orang memberi kita menerima” dan “Kita pula memberi dan Orang lain menerima”.. inilah yang dimaksudkan. Rata-rata dalam menjalinkan hubungan sesama insan terutama dalam perniagaan online ni memang macam tulah keaadaannya. Jika anda sanggup itu semua, peluang untuk anda berjaya ada di hadapan. Jadi, mantapkan minda anda dengan ilmu-ilmu yang fokus dan tak ramai orang tahu tentang ilmu itu, ini bermakna inilah niche market anda..Khalas..









.gif)










seperti aku yang sentiasa dahagakan ilmu-ilmu untuk memulai perniagaan berasaskan platform ‘online’. ia memang memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi.
Semestinya ia memerlukan istiqamah pada sesuatu perkara sahaja..semestinya anda pasti boleh melakukannya dan berjaya.