30
05
2008
Apa yang aku boleh jual di sini? Inilah tajuk pada kali ini, sebenarnya ini berkesahkan kehidupan saya di Sarawak. Saya selalu memikirkan apakah yang boleh saya jual di sekitar kawasan ini sebagai menambah “side income” saya. Selain dari Google Adsense, saya perlukan side income yang lain. Nak buat perniagaan online pun saya sedang menghadapi masalah kelembapan kelajuan internet. Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan celcom broadband di sini. Bagi saya, dalam satu sudut walaupun ada internet namun tak ada maknanya kalau connection slow macam ni, nak download pun tak dapat. Banyak info2 ebook saya terlepas. Tetapi pada satu sudut yang lain, walaupun slow, disebabkan kawasan ini jauh untuk ke bank, saya boleh buat “bill payment” dan segalanya berkaitan dengan online payment.
Bila hanya payment jer lancar untuk saya lakukan di internet tetapi tak kepada kegiatan nak generate wang, ini adalah suatu masalah bagi saya. Saya sedar, kebanyakkan yang saya tulis dalam blog ini adalah suatu masalah. Ada ke orang nak baca masalah dalam blog? Soalan cepu emas… terpulanglah kepada pembaca semua, jika anda take positive maka positive la jawapannya dan sebaliknya.
Jika anda di semenanjung, saya jamin anda amat beruntung untuk generate wang di internet ini. Segala infrastruktur di sana lengkap. Amat rugi jika anda melepaskan segala peluang yang tersergam di depan anda. Bukan saya katakan di sini tak boleh nak generate wang online ini esp dalam perniagaan internet, tetapi sukar sedikit. Actually jika anda melakukan perniagaan dalam bentuk fizikal. Mulakan sekarang orang semenanjung, bangkitlah segera dari tidur untuk buat sesuatu untuk menambah wang anda.
P:S: Pejam celik dah masuk bulan ke 4 saya di sini, dan saya juga adalah orang yang terawal untuk di pindahkan ke ladang lain tetapi masih di kawasan ini. Hehehe.. Ingat nak hantar ke Semenanjung, rupanya track and trik saja.
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : No Comments »
Categories : Catatan Penulis
26
05
2008
Tahniah saya ucapkan kepada graduan-graduan UiTM especially Graduan Diploma Planting Industry Management, DPIM yang baru saja selesai konvokesyen ke-68 di Dewan Sri Budiman pada 24 hb May 2008. Terharu bila mengenangkan kisah belajar selama 3 tahun bersama rakan-rakan. Tetap ku abadikan dalam kenangan.
Pengalaman kali pertama konvo sangat berharga, tambahan pula dalam minggu ini saya ada kursus Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian Sawit yang dikendalikan oleh MPOB di Sepang. Mungkin beginilah pengalaman konvo setelah sudah mencapai matlamat untuk pekerjaan setelah selesai tanggungjawab untuk universiti, kini tanggungjawab kepada Company pula.
Tak lupa saya ucapkan “Thank You So Much” kepada Lecturer-lecturer saya iaitu antaranya Prof Wan Muda, En Yazid, Prof Satar, Prof Rashid, Prof Malik, Prof Ismail, En Razak, En Said, Dr Zarina, Cik Nazalyyusma, Cik NorFaradila, Cik Wan Dalila.. tak lupa juga unit2 ladang UiTM Perlis dan semua yang terlibat dalam penglibatan kami sepanjang di UiTM. Insyaallah kami akan bekerja dan belajar bersungguh2 untuk terus mengharumkan DPIM dan seterusnya UiTM di mata Dunia.. Proud To Be Planters’..
Sekian saja sorakkan semangat graduan-graduan uitm arau, gambar ada, cuma tak cukup space nak letak, kena tambah space lagi hosting ni.
P:S: Bekerja di TH Plantation Berhad, PUSA, New Planting. 100% Peat Soil.
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 1 Comment »
Categories : Catatan Penulis
11
05
2008
Menjana wang secara autopilot bukanlah perkara biasa lagi. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa jam saja dalam sehari ataupun seminggu untuk mengoptimasikan iklan anda. Autopilot bermaksud dimana laman web perniagaan atau laman web yang mempunyai program buat duit online seperti affiliate dan google adsense iaitu laman web ini mampu menjana wang untuk anda menerusi program pay per click (ppc). Segalanya bermula dari laman web anda, seterusnya anda mengiklankannya dan iklan anda itu terus saja berjalan selagi kredit akaun anda masih ada. PPC yang amat popular di Malaysia seperti google adword dan yahoo search marketing.
Apabila sebut saja pasal PPC ni, kita telah ada satu panduan PPC buat pertamanya dalam bahasa Melayu di www.ppcpercuma.com yang di tulis oleh saudara naem. Saya mencadangkan kepada anda yang berminat untuk memaksimakan pendapatan anda dengan cara ini boleh dapatkan panduan seumpama ini. Saya amat yakin sekali sekiranya anda telah ada product dan anda bina 1 laman web untuk product anda itu. dan promosikan guna kaedah adword yang diajarkan oleh saudara naem.
sekian saja buat hari ni.
P.S:Saya juga sangat bz dgn kerja ladang saya jadi saya akan update blog ini mngikut kemampuan saya.
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : No Comments »
Categories : Program Internet, Peluang Buat Duit, Model Perniagaan, Perniagaan Internet, Rahsia Internet, Catatan Penulis
27
04
2008

Lihat paparan di atas, clickbank telah menerima saya sebagai ahli. Jadi, inilah peluang untuk anda yang bergiat aktif dalam affiliate. daftarlah sekarang. Tak perlu gunakan alamat singapore lagi tak perlu dan tak perlu.. wah excited pula.
to be continue…..
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 1 Comment »
Categories : Peluang Buat Duit, Program Internet, Perniagaan Internet, Rahsia Internet, Catatan Penulis
23
04
2008
Assalamualaikum wbt. dan apa khabar kepada semua pembaca blog yang saya kasihi. Sudah 2 bulan tak menaip posting di sini atas sebab-sebab tertentu yang sememangnya tak dapat dielakkan. Alhamdulillah kini saya dapat kembali untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang ada untuk berkongsi dengan semua..Banyak benar perubahan yang saya dapat lihat setelah sudah lama tak dapat fokuskan pada blog. Saya just kini jadikan blog sebagai bahan sampingan saja untuk meluahkan, berkongsikan apa saja yang saya nak ceritakan.
Untuk pengetahuan semua, saya kini sedang bertugas di Sarawak, di PUSA. Ada sapa2 yang pernah sampai ke sini? Saya bertugas sebagai penolong pengurus ladang saja. Kini saya sedang sibuk menguruskan tapak semaian kecil (pre-nursery) dan juga sedang melakukan kerja2 “lining” untuk tapak semaian besar (main nursery) nanti. Dengan kesibukan itu, saya tak dapat berkunjung ke internet sehinggalah saya sendiri sekarang telah mendaftar celcom broadband. Namun begitu conectionnya slow sangat coz saya dapat cuma 115kb saja (pakai GPRS phone jer tak ada 3G). Kini, sekurangnya saya dapat juga meninjau-ninjau perkembangan internet marketing ni. Banyak produk baru yang keluar yer. Untuk pengetahuan juga, saya baru saja selesai buat pembayaran online membeli ebook Sistem Kedai Online daripada SaifulSham yang baru dilancarkan. Sekarang dalam proses menunggu link downloadnya saja.
Saya banyak belajar daripada ebook-ebook yang saya rasa ada kualitinya. Kadang-kadang orang tertanya-tanya bagaimana saya tahu tentang menjana pendapatan online ini. Sebenarnya setiap perkara yang kita buat mesti kena ada minat. Apalah salahnya kita habiskan masa dan sedikit wang kita untuk terus belajar menjana wang di internet ini walaupun secara part time. Sebenarnya sebagai seorang executive, saya tak digalakkan ada perniagaan sendiri kerana ia akan mengakibatkan kita hilang fokus pada kerja dan hanya memberi tumpuan pada perniagaan sendiri. Tetapi jika kita melakukannya secara online, saya rasa ini tak menimbulkan apa-apa masalah. Jadi, di sini saya terlintas untuk membeli produk SaifulSham itu. Sebenarnya saya tak penah pun beli apa-apa produk daripada beliau sebelum ni. Tapi, kalau dah otai IM tu Insyaallah produknya juga hebat.
Belajar daripada ramai orang lebih menguntungkan kerana kita boleh kombinasikan idea-idea mereka ini dan digunakan untuk manfaat diri sendiri dan juga orang lain. Kalau nak berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, rajin-rajinlah explore mereka2 yang lebih berpengalaman. Insyallah, tak dapat banyak, sikit pun dah okey.
Apa khabar Semenanjung? Wah, baru 2 bulan di sini dah rindu semenanjung, macammana nak kerja ni. Persaingan amat hebat di sana yer. Esp. dalam dunia Internet Marketing atau perniagaan internet ni. Mungkin dah ditakdirkan rezeki saya di Sarawak ni, Alhamdulillah..Sesiapa pun tak boleh pertikaikan tentang pekerjaan seseorang itu walaupun dia bekerja dimana esp dalam hutan, tempat terpencil sekalipun. Inilah pengalaman. Mungkin 10 tahun lagi saya tak dapat lagi melihat akan kehijauan alam di Sarawak ini berpunca daripada pembangunan pesat yang sedang berlaku di Semenanjung sana.
Saya rasa setakat ini dulu buat kali ni, saya nak rehat dan tido dulu…
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 3 Comments »
Categories : Catatan Penulis
10
02
2008
http://realtrafficexchange.com/ adalah salah satu laman web di mana anda dapat bertukar link dengan laman web anda disamping anda juga dapat mempromosikan link affiliate anda jika akaun anda diluluskan. pembayaran adalah sebulan sekali terus saja ke akaun paypal anda. Langkah pertama cuma daftar dahulu sini http://realtrafficexchange.com/. Anda boleh promote laman web anda disini mengikut kategori web anda disamping menjana pendapatan melalui affiliate. Visitor/pelawat yang mendaftar ahli berbayar akan memberikan komesin kepada anda jika mereka register dengan affiliate anda. Saya mendapat maklumat ini dari seorang rakan yang mengatakan beliau dapat 256 traffic dalam tempoh beberapa hari dan menghasilkan klik juga daripada traffik tersebut walaupun sedikit. mungkin niche tak mahal sangat.
Sejauh mana kebenarannya kita akan lihat nanti. Sebenarnya saya juga baru saja mendaftar. Link affiliate untuk banner pun masih belum dapat lagi. Harapnya laman adsense saya yang terbaru ini akan membuahkan hasil.
Kalau tak silap saya, pemilik laman web ini adalah pengarang $7 dollar secret. Nama pun nak dekat sama jer. Saya juga begitu teruja setelah baca ebook $7 dollar secret ni. Pendekatan daripada pengarangnya memang baik. Kepada sesiapa yang belum baca, baik baca sekarang. Carilah di gedung yang berhampiran.. hehe.. nampak sangat ayat promote.
Setakat ini saja dulu kali ni..jumpa lagi..
P.S: Saya dah dapat tawaran sebagai Assistant Manager di Ladang Semarang, Sarawak. Dekat dengan Bandar Pusa. Lapor diri pada 14 Feb ni.
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 1 Comment »
Categories : Peluang Buat Duit, Program Internet, Rahsia Internet, Catatan Penulis
19
01
2008
Perladangan kelapa sawit dan industri yang berkaitan dengannya mempunyai potensi yang tidak terbatas dan dijangka akan menjadi tumpuan sektor perladangan di negara ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin, ketika ini 65 peratus daripada tanah pertanian negara ditanam dengan kelapa sawit, sementara Malaysia pula adalah merupakan antara pengeksport terbesar minyak sawit dunia. “Permintaan terhadap minyak sawit terus meningkat tahun demi tahun dan saya percaya pasaran dunia memerlukan tambahan antara empat hingga lima juta tan setahun. Situasi ini akan membuka ruang untuk industri kelapa sawit negara terus berkembang,”
kata beliau ketika berucap pada majlis Pelancaran Prospektus TH Plantations Berhad (THPB) pada 23 Mac lalu. Menurut beliau lagi, potensi minyak sawit kini ditambah pula dengan pelancaran bahan api bio-diesel yang dikenali sebagai “envo diesel” oleh Perdana Menteri pada 21 Mac lalu yang dijangka bakal memacu penggunaan sumber tenaga alternatif yang mesra alam dan sekali gus menjadi sektor baru pertumbuhan ekonomi negara. “Ketika harga bahan petroleum semakin tidak menentu ketika ini, ditambah pula dengan dunia yang semakin kehausan sumber, cara penyelesaian terbaik adalah beralih
kepada penggunaan bahan api alternatif yang paling berpotensi iaitu bahan api bio yang dihasilkan oleh minyak sawit,” kata beliau. Kata beliau lagi, dengan keluasan ladang dan kualiti kilang penapisan minyak sawit milik THPB, potensi untuk terus berkembang adalah tidak terbatas. Beliau turut memberi jaminan bantuan dan sokongan berterusan
daripada pihak kerajaan bagi membolehkan Malaysia terus terkehadapan dalam industri ini, sementara insentif yang menarik turut ditawarkan kerajaan bagi menggalakkan pengunaan bahan api bio-diesel yang berasaskan minyak sawit.
sumber: http://www.tabunghaji.gov.my/th/berita/06/febmac2006.pdf
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 2 Comments »
Categories : Catatan Penulis
18
01
2008
Assalamualaikum. Hari ni hari Jumaat. Jumaat di sini semua kakitangan estate THP (Tabung Haji Plantation Berhad) sedang bercuti. Tapi tak semua orang bercuti, yang kerja semestinya harvester atau penuai. Kalau diorang ni bercuti bagaimana pula dengan production?.. Ehem.. Mesti semua tertanya-tanya di manakah estate yang saya sedang tinggal sekarang, ermm jawapannya Ladang TH Sg Merchong, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.. Ada sesiapa ke yang tahu tempat ni? Kalau ada, Contact lah saya..
Saya di sini cuma 3 bulan ajer..after that, I will fly to Sarawak, Ladang Kenyalang pula, juga milik THP. Amacam sekarang..mungkin tak ramai yang tahu tentang sektor perladangan ni, tapi yang nak saya tekankan kehidupan di dalam Ladang semacam tinggal di kampung juga tak jauh bezanya, ladang mempunyai komunitinya sendiri seperti juga kampung mempunyai JKKK. Segala kemudahan dan infrastruktur disediakan melainkan connection internet jer ada sesetengah ladang tu masih belum disediakan lagi. Di sini juga tak ada internet. Rata2 orang estate guna Astro. channel TV payah nak dapat sebab kena VS dgn astro punya gelombang.
Kalau ada yang berasal dari keluarga estate atau anak2 felda juga dialu-alukan untuk tinggalkan pesanan atau komen di sini.
P:s: Walaupun sedang sibuk menjalani latihan di sini, my adsense still increase every day. Alhamdulillah.
P:s:s: Target ke-2 untuk tahun 2008 ini adalah sebuat Laptop beripadi. Susah tak ada laptop ni. Walaubagaimanapun i still boleh buat biznes tanpa pc di rumah. Inilah berkat usaha yang sebelum ini. Sekarang cuma perlu edit mana-mana yang patut. Memperuntukkan masa 1 jam dalam Seminggu/2 minggu. Rasa gelisah bila tak dapat conection internet. mujur masih boleh berurusan dengan sms. Laptop juga penting nak buat report nanti
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 4 Comments »
Categories : Catatan Penulis
31
12
2007
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya baru sahaja menerima bayaran Western Union daripada daripada Google Adsense. Tarikh 31.12.2007 adalah tarikh keramat bagiku sekian lama menunggu payment yang pertama ini. Tak banyak tapi cukuplah untuk menampung hidup ni di Estate nanti. Sepatutnya hari Jumaat hari tu dah boleh cashkan wang tu tapi terlewat ke bank pula masa tu, dah petang (wah wah wah pasal duit buat lambat-lambat pula).
Nak bercerita tentang azam tahun baru ini memang sangat banyak. Antaranya nak membanyakkan ilmu tentang teknik-teknik adsense yang lebih berkesan. Harap-harap masa di estate nanti ada jugalah connection internet.
Bagi anda yang masih belum mendapat wang daripada google adsense saya amat sarankan anda mempelajari teknik-teknik halus dalam google adsense ini. Sekarang terlalu banyak ebook yang menerangkan tentangnya. Hari ini saya telah menerima emel daripada seseorang IM bahawa Labanon dah lancarkan tipadsense dan harini juga mungkin hari terakhir bagi saudara Munawwar dengan pakej lengkapnya iaitu jana-wang-adsense.com mengenakan harga RM70 bagi ebook tersebut. Tahun depan kemungkinan besar ia akan dinaikkan harganya. Saya taip tentang 2 buah ebook ini tanpa mendapat apa-apa komisen sebaliknya nak memberitahu anda semua bahawa sumber rujukan ini memang diiktiraf oleh IM-IM Malaysia yang terkemuka seperti saudara Shuth, Smartusaha, Vince Tan, Syed Ikhwan dan lain-lain lagi…
P.s:Tiada keraguan lagi untuk anda menyertai google adsense.
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : 6 Comments »
Categories : Catatan Penulis
30
12
2007
Assalammualaikum wbt atau salam sejahtera. Kehangatan sambutan ebook dikalangan penduduk Malaysia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ini terbukti menerusi akhbar yang sudah ada yang memberi tawaran percuma kepada sesiapa sahaja yang mendaftar dengan sesebuah laman web. Ini bermakna pasaran ebook amat berpotensi untuk maju di negara ini. Walau bagaimanapun ia semestinya memilih topik-topik yang menarik untuk dibukukan. ebook juga dapat menjimatkan kertas yang begitu mahal sekarang ini untuk membukukan sesebuah karya. Ebook yang asli semestinya akan mendapat sambutan hangat daripada segolongan masyarakat mengikut topik tertentu. Tidak mustahil saya katakan ebook ilmiah masih kurang di Pasaran tempatan sebab itu pasaran terhadapnya hangat dan begitu memberangsangkan. Ebook yang mengajar anda cara buat duit di internet sememangnya sangat banyak di pasaran tempatan ini namun bagi kita tidak dapat ketepikan karangan karyawan tempatan menerusi ebook mereka. Ini terbukti menerusi pra pelancaran ebook daripada seorang karyawan tempatan iaitu Encik Abd Bashid Harun menerusi ebook beliau “Koleksi Artikel Abd Bashid” menerusi laman webnya iaitu www.artikel-asli.gurubashid.com . Ia banyak kupaskan topik-topik menarik dalam bidang Politik dan Pendidikan Negara pada masa kini. Sememangnya 100% hasil penulisan beliau kali ini.
Sekian.
Share and Enjoy:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Comments : No Comments »
Categories : Perniagaan Internet, Semasa, Catatan Penulis
Recent Comments