Ucapan Saidina Ali Sebagai Renungan Bersama:

24 08 2007

Sempena posting di hari Jumaat yang mulia ini sama-samalah kita merenungkan diri kita kembali: 

Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun. Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunan-Nya. Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik. Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman. Peribadi seseorang itu tersembunyi dibawah lisannya. Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan. Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan. Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan. Tidak ada pujian bersama kesombongan. Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna. Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat. Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian. Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan. Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan. Tidak ada keperwiraan bagi pendusta. Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan. tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat. Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan. Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui. Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklh kekuasaannya menjadikannya melampaui batas. Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan. Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya. Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang. Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.

Ukhwah itu indah JIKA SEGALA-GALANYA KERANA ALLAH

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

2 responses to “Ucapan Saidina Ali Sebagai Renungan Bersama:”

24 08 2007
zool (22:49:11) :

Semoga kita dapat mengambil iktibar apa yang diperkatakan oleh Saidina ALi..

Minta maaf jika menganggu.., Saya telah mengetag anda dalam pesta tag merdeka..

25 08 2007
AbdBashid (07:18:56) :

Saya ingin menambah, kekuatan saidina Ali terletak pada ketajaman kata-katanya seperti yang terkandung dalam kitab Nahjul Balaghah. Saidina Ali dikurniakan kefahaman para nabi, kefaqihan dalam ilmu, kebijaksanaan menyaring, dan mengetahui ilmu takwil. Ketika orang menyembunyikan kebenaran, Ali kw membukanya; ketika orang membuka kukunya, Ali menyimpannya dan ketika semua orang menyatakan ya, Ali berseorangan mengatakan tidak. Ali menjadi insan yang paling tidak popular pada zamannya. Bagi Ali populariti bukanlah ukurannya, asalkan kebenaran dapat ditegakkan.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>