Tawaran Percuma bagi “Ebook 10 Panduan Membina Model Perniagaan Internet” sudah berakhir.
18 12 2007Sejak mula penubuhan laman web ini, saya telah pun membina suatu ebook iaitu seperti tajuk yang tertera di atas. Saya terpaksa mengakhirkan tawaran percuma tersebut kerana ia sudah cukup korum seperti mana yang telah saya janjikan dalam laman web tersebut. Saya akan tutup laman web tersebut dan gantikan dengan produk berbayar tak lama lagi. Bila nak masuk 2008 ni memanglah kita semua mesti berubah, takkan nak duduk di takuk lama sahaja kan? Bermula pada hari ini, borang Opt-in sudah tidak lagi berfungsi dan sesiapa yang mendaftar memang akan menghadapi masalah. Jadi nantikanlah produk saya yang tak lama lagi anda sendiri akan tahu. Saya sedang mengemaskinikan Modelniaga.Com sementara ada sisa-sisa 2007 ni.
Untuk pengetahuan, bukan mudah nak bina produk. Ia perlukan kepakaran dan penyampaiannya mestilah bersifatkan ketulusan barulah ia dikategorikan sebagai “fresh”. Saya ingin mengajar anda mengenai perniagaan internet dan membawa anda untuk menjadi seperti saya yang sudah mampu membuat duit online ini. buat duit Internet ini bukanlah suatu yang “TIPU”, ia adalah bersifatkan kebenaran. Jadi jika saya menyiapkan ebook nanti, anda jangan ragu2 untuk membacanya kerana ia bersifat benar. saya tahu ada dikalangan anda yang amat ragu2 buat duit internet ini tetapi tidakkah anda tahu sudah berapa ramai jutawan internet Malaysia yang lahir sejak akhir2 ini. Walaupun saya bukanlah seorang jutawan dan pakar tetapi pengalaman-pengalaman yang saya ada saya boleh bukukan dan kongsikan bersama untuk anda semua.
Saya jana wang adsense bukanlah beribu-ribu atau berjuta-juta tetapi hanya 1 ratus lebih saja sebulan, anda harus tahu bahawa iklan2 yang memaparkan pendapatan adsense mereka beribu2 tu bukanlah semua benar. contohnya sudah nyata di mana laman wen www.adsensetaiko.com telah disaspek sebagai pembohongan yang nyata dalam dunia adsense ini, so sedarlah bahawa nak jadi kaya bukan sekelip mata tetapi tirulah seperti usahawan2 yang tulus untuk mendidik anda ini.
sekian,
P:s nantikan ebook saya yang akan datang dan pastikan anda tidak akan terlepas review percuma daripada saya.









.gif)










Recent Comments