Doakan Kesejahteraan Angkasawan Kita

13 10 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Wah di pagi raya yang berbahagia ni saya terlanjurlah nak menulis sedikit artikel berkaitan angkasawan kita ni. Alhamdulillah saat-saat yang kita semua nantikan pada detik ini cukup bermakna kerana angkasawan kita yang seorang Melayu dan seorang Islam tampil dengan selamat di ISS. saya tak berhajat nak tulis panjang-panjang artikel ini kerana saudara Ali telah pun ungkapkannya sebelum ini. Cuma yang saya nak bagitau sama-samalah kita semua mendoakan kesejahteraan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat menjalankan experiment di angkasa lepas setelah kelihatan letih juga beliau tadi yer selepas masuk ke ISS. Wah bangganya menjadi rakyat Malaysia setelah Bahasa Melayu dikumandangkan di angkasa lepas tadi. Sebab itu saya tak melepaskan peluang di pagi raya ini untuk mengucapkan tahniah kepada angkasawan Malaysia.. Malaysia Boleh…Teruskan Usaha Anda, Doa kami sentiasa menyusuri anda…Selamat pulang ke tanah air..

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Bahaya!!!! Ubat Gigi Beracun

1 10 2007

 colgate_darlie.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terkilan juga saya memandangkan nasib yang dialami oleh Negara kita dan juga bangsa kita ni apabila mendapat tahu satu lagi berita. dahulunya masalah ayam yang dah ditahap serius sehinggakan saya sendiri dah tak sanggup nak berbuka dengan lauk ayam yang dibeli (sembelih sendiri ayam kampung ok la). Selalu berbuka dengan ikan pula maklumlah dok hostel memang macam ni…

Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China. Saya mendapat tahu berita ini dari salah sesuah laman web yang tajuk nya ialah “Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores”.

Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.

Ramai yang terkena bila  nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.

Sumber: http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Ayam- Atas keprihatinan Ummah

27 09 2007

Artikel ini saya terima dari salah satu yahoo group yang saya sertai. Diharapkan anda semua mengambil perhatian daripada emel ini yer.

“Assalamualaikum semua.

terlanjur sahabat saya, Che Ismail  dah buka cerita, wajib  saya  berkongsi.

Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg
ayam  organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul
Haja. Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol
usahakan,bersih,terkawal  dan halal.

Saya dan suami menjejaki Dr Zainol, dpt jumpa, berborak, sy juga pernah
bawa  Dr Zainol dan isteri beliau  Dr Mumtaz, berjumpa dgn network saya di
Melilea Puchong. Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn  kami.

Saya kagumi insan ini, mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye
memilih  jalan berbakti kepada ummah. Terlalu mudah akidah Umat Islam di Malaysia  kini diperalat, kami sgt sedih. Matlamat kami sama, Insyaallah.

Sungguh,teknologi menjadikan kita negara yg moden, teknologi juga akan
kemudiannya merosak byk perkara baik dlm tubuh kita..yg akhirnye akan
merosak akidah. Kalau hendak dicerita,sgt panjang.

Saya ringkaskan.

Wujud enzim khinzir dlm ayam diperakui setelah bbrp tahun buat
research, malah byk website yg ada maklumat ini, sy akan beri add nnt. Teruskan membaca »

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Sebaik-baik ilmu pengetahuan

20 09 2007

Sebaik-baik ilmu pengetahuan

Diantara ciri-ciri kebahagian dan kemenangan seorang hamba adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. Setiap bertambah amal-amal soleh yang dilakukannya, bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah ambisi-ambisi keduniaannya.

Rasullah s.a.w bersabda yang maksudnya, “Semua anak Adam(manusia) sering melakukan kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang melakukan dosa ialah orang-orang yang suka bertauba. ” (H.R Tarmizi).

Hidup di dunia ini hanya sementara. Kita hanya disinggahkan sebelum meneruskan perjalanan menuju kehidupan abadi kelak. Hidup harus ada matlamat, sebagaimana juga melakukan sesuatu pekerjaan pastinya kita mahu kerja tersebut selesai seperti yang diojangkakan. Juga kita mahu mencapai hasil terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Lumrahnya, jika kita mahu orang berbuat baik terhadap kita, kita juha harus berbuat kebaikan kepada semua orang. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang ikhlas dan bersih hati tatkala melakukan kebaikan kepada orang lain. Moga kita terhindar daripada menjadi di kalangan orang-orang yang sentiasa mempunyai niat lain atau ‘ada udang disebalik batu’

Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang menginginkan dunia wajib dengan ilmu. Barang siapa yang ingin akhirat, wajib dengan ilmu. Dan barang siapa inginkan kedua-duanya maka wajib dengan ilmu.”

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Mutiara Hikmah Disebalik Jubli Emas Kemerdekaan

30 08 2007

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…” Teruskan membaca »

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Ucapan Saidina Ali Sebagai Renungan Bersama:

24 08 2007

Sempena posting di hari Jumaat yang mulia ini sama-samalah kita merenungkan diri kita kembali: 

Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun. Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunan-Nya. Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik. Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman. Peribadi seseorang itu tersembunyi dibawah lisannya. Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan. Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan. Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan. Tidak ada pujian bersama kesombongan. Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna. Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat. Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian. Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan. Teruskan membaca »

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb