Kehidupan Di Estate

18 01 2008

Assalamualaikum. Hari ni hari Jumaat. Jumaat di sini semua kakitangan estate THP (Tabung Haji Plantation Berhad) sedang bercuti. Tapi tak semua orang bercuti, yang kerja semestinya harvester atau penuai. Kalau diorang ni bercuti bagaimana pula dengan production?.. Ehem.. Mesti semua tertanya-tanya di manakah estate yang saya sedang tinggal sekarang, ermm jawapannya Ladang TH Sg Merchong, Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.. Ada sesiapa ke yang tahu tempat ni? Kalau ada, Contact lah saya..

Saya di sini cuma 3 bulan ajer..after that, I will fly to Sarawak, Ladang Kenyalang pula, juga milik THP. Amacam sekarang..mungkin tak ramai yang tahu tentang sektor perladangan ni, tapi yang nak saya tekankan kehidupan di dalam Ladang semacam tinggal di kampung juga tak jauh bezanya, ladang mempunyai komunitinya sendiri seperti juga kampung mempunyai JKKK.  Segala kemudahan dan infrastruktur disediakan melainkan connection internet jer ada sesetengah ladang tu masih belum disediakan lagi. Di sini juga tak ada internet. Rata2 orang estate guna Astro. channel TV payah nak dapat sebab kena VS dgn astro punya gelombang.

Kalau ada yang berasal dari keluarga estate atau anak2 felda juga dialu-alukan untuk tinggalkan pesanan atau komen di sini.

P:s: Walaupun sedang sibuk menjalani latihan di sini, my adsense still increase every day. Alhamdulillah.

P:s:s: Target ke-2 untuk tahun 2008 ini adalah sebuat Laptop beripadi. Susah tak ada laptop ni. Walaubagaimanapun i still boleh buat biznes tanpa pc di rumah. Inilah berkat usaha yang sebelum ini. Sekarang cuma perlu edit mana-mana yang patut. Memperuntukkan masa 1 jam dalam Seminggu/2 minggu. Rasa gelisah bila tak dapat conection internet. mujur masih boleh berurusan dengan sms. Laptop juga penting nak buat report nanti

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


First payment for me from Google Adsense Program

31 12 2007

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya baru sahaja menerima bayaran Western Union daripada daripada Google Adsense. Tarikh 31.12.2007 adalah tarikh keramat bagiku sekian lama menunggu payment yang pertama ini. Tak banyak tapi cukuplah untuk menampung hidup ni di Estate nanti. Sepatutnya hari Jumaat hari tu dah boleh cashkan wang tu tapi terlewat ke bank pula masa tu, dah petang (wah wah wah pasal duit buat lambat-lambat pula).

Nak bercerita tentang azam tahun baru ini memang sangat banyak. Antaranya nak membanyakkan ilmu tentang teknik-teknik adsense yang lebih berkesan. Harap-harap masa di estate nanti ada jugalah connection internet.

Bagi anda yang masih belum mendapat wang daripada google adsense saya amat sarankan anda mempelajari teknik-teknik halus dalam google adsense ini. Sekarang terlalu banyak ebook yang menerangkan tentangnya. Hari ini saya telah menerima emel daripada seseorang IM bahawa Labanon dah lancarkan tipadsense dan harini juga mungkin hari terakhir bagi saudara Munawwar dengan pakej lengkapnya iaitu jana-wang-adsense.com mengenakan harga RM70 bagi ebook tersebut. Tahun depan kemungkinan besar ia akan dinaikkan harganya. Saya taip tentang 2 buah ebook ini tanpa mendapat apa-apa komisen sebaliknya nak memberitahu anda semua bahawa sumber rujukan ini memang diiktiraf oleh IM-IM Malaysia yang terkemuka seperti saudara Shuth, Smartusaha, Vince Tan, Syed Ikhwan dan lain-lain lagi…

P.s:Tiada keraguan lagi untuk anda menyertai google adsense.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Kehangatan pasaran ebook tempatan

30 12 2007

Assalammualaikum wbt atau salam sejahtera. Kehangatan sambutan ebook dikalangan penduduk Malaysia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ini terbukti menerusi akhbar yang sudah ada yang memberi tawaran percuma kepada sesiapa sahaja yang mendaftar dengan sesebuah laman web. Ini bermakna pasaran ebook amat berpotensi untuk maju di negara ini. Walau bagaimanapun ia semestinya memilih topik-topik yang menarik untuk dibukukan. ebook juga dapat menjimatkan kertas yang begitu mahal sekarang ini untuk membukukan sesebuah karya. Ebook yang asli semestinya akan mendapat sambutan hangat daripada segolongan masyarakat mengikut topik tertentu. Tidak mustahil saya katakan ebook ilmiah masih kurang di Pasaran tempatan sebab itu pasaran terhadapnya hangat dan begitu memberangsangkan. Ebook yang mengajar anda cara buat duit di internet sememangnya sangat banyak di pasaran tempatan ini namun bagi kita tidak dapat ketepikan karangan karyawan tempatan menerusi ebook mereka. Ini terbukti menerusi pra pelancaran ebook daripada seorang karyawan tempatan iaitu Encik Abd Bashid Harun menerusi ebook beliau “Koleksi Artikel Abd Bashid” menerusi laman webnya iaitu www.artikel-asli.gurubashid.com . Ia banyak kupaskan topik-topik menarik dalam bidang Politik dan Pendidikan Negara pada masa kini.  Sememangnya 100% hasil penulisan beliau kali ini.

Sekian.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Plantation Training

22 12 2007

Memanjat kesyukuranku ke hadrat Ilahi kerana saya telah pun berpeluang dalam menjalani Latihan Pengurusan Perladangan di TH Plantation pada awal Januari 2008 ini setelah tamat saja pengajian ku di sebuah Universiti tempatan. Saya mengharapkan doa daripada peminat blog ini yang beragama Islam walaupun tak seberapa canggih sangat blog ini seperti saudara kita yang lain. Bila ada peluang-peluang sebegini harus saja kita kena pergi sebabnya bukan mudah untuk dapat peluang seperti ini lagi bukan?

Walaupun kerjaya perniagaan internet ini adalah sampingan namun ia adalah bukan jaminan buat diri saya yang masih tidak konsisten dalam perniagaan ini. Oleh kerana itu, walaupun anda mempunyai perniagaan internet jangan abaikan juga tugasan luar yer kerana anda sangat diperlukan oleh masyarakat dalam membangunkan Agama Bangsa dan Negara.

Buat masa ini, segala aktiviti modelniaga akan bertambah perlahan atau “slow” kerana tumpuan tak dapat diberikan sepenuhnya pada blog. Walau bagaimanapun jika terdapat conection internet di estate-estate saya akan usahakan untuk terus mengupdate blog ini. Saya amat sayangkan  blog ini dan anda semua. Untuk pengetahuan, borang opt-in telah saya kemaskini dan rasanya dah boleh digunakan. Kepada sesiapa yang berminat dengan blog ini, bolehlah subscribe di www.modelniaga.com.

Sekian, Terima Kasih.

Suhail

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Mula bekerja

1 12 2007

Assalamualaikum w.b.t atau Selamat Sejahtera kepada pengunjung sekalian. 1 hb dis 2007 merupakan hari saya mula bekerja. Alhamdulillah walau pun kerja biasa tapi sekurang-kurangnya dapat membantu family sementara nak menunggu kerja yang lebih sesuai dengan hidup ini. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja menyiapkan 1 projek menyediakan ruang iklan di laman blog gurubashid.com memandangkan traffik yang datang pun agak memberangsangkan walaupun laman tu baru berusia 5 bulan. Saya harap pihak gurubashid.com akan terus berjaya dalam menyediakan rangkaian pengiklanan tersebut.

Tak banyak yang saya boleh ceritakan mengenai kehidupan di kampung ni. Jikalau anda di tempat saya, adakah anda akan berkata tinggal dikampung memang seronok?? Saya pasti kepada anda yang tinggal di bandar dan apabila tiba hari raya atau cuti persekolahan mesti tak sabar-sabar mahu pulang ke kampung bukan? Begitu juga mereka di kampung yang akan menyambut kegembiraan dengan kepulangan anda. Tetapi adakah anda pernah berfikir tentang kehidupan tinggal di kampung terutamanya di suatu kawasan pedalaman? Adakah mereka juga gembira seperti anda yang tinggal di bandar? Oh..bagi saya kehidupan di kampung tidaklah sehebat anda yang tinggal di bandar. Anda lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan perkembangan semasa dunia tambahan pula peluang pekerjaan ada di depan mata dan mudah untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Bagi anda yang dari bandar dan mahu berhijrah ke kampung saya rasa baik anda fikirkan satu perkara adakah anda mampu untuk tinggal di kampung? Kampung yang saya maksudkan di sini adalah sebuah kampung yang jauh dari bandar. Masalah yang anda bakal hadapi kelak adalah mencari peluang pekerjaan. Anda perlukan kesabaran yang kental untuk tinggal di kampung maka tak hairanlah orang tua-tua kita, nenek kita atau tokwan kita memang sudah lali dengan situasi sebegini, mereka tahu buat kerja kampung tetapi anda??. Bagi anda yang ada ibu dan ayah di kampung tu selalulah beringat-ingat bahawa mereka tidak lah sesenang anda. Bantulah mereka jika anda sudah berjaya kelak. Sekurang-kurangnya mereka akan selalu rasa dihargai kerana mempunyai anak seperti anda dan boleh berbangga dengan rakan-rakan mereka.

Sabar adalah kunci utama. Pemikiran orang kampung ni lain sikit maka jika anda bawa sesuatu yang baru kepada mereka, berikan kata-kata anda secara berhikmah kepada mereka. Saya selalu menanam hasrat untuk membantu mereka, tetapi biasanya kalau terjadi sesuatu masalah atau salah faham mereka akan salahkan kita balik. Jadi bersabarlah dengan ibu bapa anda. Saya pernah memberitahu mereka tentang perniagaan internet ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan pada keluarga kita nanti jika saya betul-betul serius dalam dunia perniagaan ini. Sudah berbuih mulut saya menjelaskan kepada mereka namun apa yang saya dapat ialah suatu yang seumpama kutukkan juga.

Mereka juga mahukan kesenangan itu datang secara mendadak tetapi mereka tidak tahu bahawa nak bangunkan sesuatu perniagaan itu bukannya sehari-dua malah memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk kita stabilkan perniagaan ini. Walau perniagaan convensional mahupun internet sekalipun. Oleh sebab itu, jika saya bekerja maka kuranglah kutukkan perniagaan dan program internet yang saya sedang jalankan sekarang ini. Namun saya tak salahkan mereka, kerana mereka masih tak memahami konsep sebenar perniagaan atau program internet ini. Biarlah bila saya sudah berjaya nanti, saya akan hulurkan kepada mereka wang hasil usaha saya selama ini dan berikan kepada mereka sambil berkata inilah wang hasil titik peluh saya dalam menjalakan perniagaan internet ini yang saya pernah war-warkan kepada ibu dan ayah dulu.

Ps: Ada ke di antara anda yang mahu tinggal di kampung lagi setelah lama tinggal di bandar dengan ada kerja yang tetap?

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Promosi Pakej Lengkap Google Adsense bermula 26,27 Hingga 28 Nov Sahaja!!

27 11 2007

Adakah anda ingin mendapat pendatan daripada google adsense dengan suatu cara mudah seperti saya? wah!! ini adalah suatu pakej yang akan dinaikkan harga pada 28 hb nov ini. Sekarang kalau anda beli cuma RM20 sahaja. dapatkan sekarang di link http://tinyurl.com/yqo549 . Lihat Pendapatan adsense saya di Report diatas.

-Suhail-

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


“Easy Blog Traffic” Sedang Dilancarkan

24 11 2007

ebtmedium.png

Adakah anda begitu sukar untuk mendapatkan traffik ke laman anda? Rata-rata dikalangan blogger adalah ingin mendapatkan traffik ke blog/laman web mereka? That why, traffic is very important because jika anda tidak ada traffik ke laman anda maksudnya peluang untuk anda meraih jualan tidak akan kesampaian kerana kesilapan anda untuk teknik yang pertama iaitu mendapat traffik. Terutamanya anda yang sangat newbie dalam perniagaan internet ini mesti belajar bagaimana untuk menarik traffik. First impression laman web amat penting dan ebook di atas akan mndedahkan rahsia-rahsia yang anda tidak tahu bagaimana untuk membuatkan pelawat anda melawat laman web atau blog anda.

-suhail-

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Benarkah kalau nak berjaya perlu jatuh dahulu???

23 11 2007

Adakah kalau kita nak berjaya mesti jatuh dahulu??? inilah faktor yang sering mempengaruhi minda anda sebelum atau semasa menjalani perniagaan internet ini. Oh, tajuk kita pada hari ini mengaitkan dengan risiko yang kita sedang dan bakal hadapi semasa menjalani perniagaan internet ini. Pemilihan model perniagaan yang betul adalah jawapannya. Jika anda memilih model perniagaan yang anda benar-benar minat, anda akan kurang menghadapi risiko kerana anda ada fokus pada model perniagaan itu bukan? Jujur saya akui, saya tidak akan buat sesuatu yang payah untuk saya lakukan. Ini juga akan mempengaruhi masa saya. Saya akan fokuskan pada sesuatu perkara sahaja untuk menjayakan 1 model perniagaan ini. Bagaimana pula dengan anda yang newbie atau masih baru dalam bidang ini dan tidak pernah lagi menjana wang di internet ini? So, nasihat saya yang terpaling basic adalah jika anda cukup berminat terhadap model perniagaan jenis program internet seperti Google adsense, anda haruslah fokus pada itu sahaja. jujur saya akui sekarang memang saya cuma fokuskan pada program ini. Banyak lagi teknik-teknik untuk meningkatkan earning daripada google adsense ni yang otai-otai tidak nyatakan. semestinya banyak lagi yang mereka rahsiakan daripada anda. So, kajilah sendiri. lepas kaji boleh la bagi saya skit informasi tu yer hehe.. oklah walaupun post ni  tak seberapa tapi ia boleh mempengaruhi anda untuk kurangkan risiko dalam setiap model perniagaan yang anda lakukan sekarang ni.

-sekian-

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Model perniagaan lintah dalam dunia perubatan moden

21 11 2007

KITA mungkin jijik atau geli melihat haiwan yang bernama lintah. Namun di sebalik semua itu tersimpan manfaat yang begitu besar di dunia perubatan moden.

Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia.

Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik.

Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti

setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6 bulan).

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca.

Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib.

Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris seorang tabib pada Abad Pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”.

Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Menurut pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah setelah digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit.

Model perniagaan lintah dalam rawatan moden

Lintah kini adalah sebagai punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang mengusahakan projek lintah ini. Terdetik dalam hati saya bahawa model perniagaan lintah ini mampu memberi suatu pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya
dan sentiasa ada “supplier”. Saya mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan segala artikel yang ada mengenai lintah ini yang saya ambil di forum-forum dan saya satukan semua untuk rujukan anda di masa hadapan dan saya akan update dari masa ke semasa
dan saya harap tak ada isi ciplak hak cipta lagi kali ini. Dalam penternakkan lintah ini saya ingin menekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:

Keperluan Tanah dan Iklim

Penyediaan Tanah

Kualiti air

Penternakan

Penjagaan dan Pemakanan

Pemasaran

Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM 300.00/kg tidak termasuk kos penghantaran. Benih pula berharga sekitar RM0.60/ekor. Makanan bagi lintah ialah darah. oleh sebab itu belut adalah makanan terbaik bagi lintah. Harga belut adalah sekitar RM20.00/kg. Ini adalah harga anggaran dimana harga anak benih lintah yang ditawarkan sekarang minimum 1000 - 5000 ekor = RM 0.50/ekor dan 5001 ke atas boleh lah dapat dalam RM0.40/ekor

Kos untuk kolam

1. palong konkrit…..RM 80.00 /pcs…..dlm satu palong boleh muat dlm 2000 ekor anak lintah.(palong boleh cari kat hardware)

2. tangki air hitam….RM290.00 /pcs…dlm tu boleh masuk 3000 ekor anak.

3. kolam batu konkrit…RM 2000.00 / kolam….boleh masuk dlm10000 ekor ank>bukak dlm10 x 30 kaki

4. kolam tanah..RM10,000.00 / kolam.

boleh tengok gambar kolam sy kat web site: www.geocities.com/alham_leech.my/html

Pembiakkan lintah

Seekor lintah bila matang boleh betelor dan menetas sehingga 350-380 ekor anak dan cara pembiakkan tak susah, bila dia banyak makan lagi cepat dia bertelor.

Pemasaran, Syarikat yang terbesar yang mengambil lintah-lintah ini adalah Art Soulist Sdn Bhd dengan cara contract farming, laman webnyer http://www.artsoulistagrotech.com.my. Selain daripada syarikat Art Soulist Sdn Bhd yang satu-satunya company besar yang mengambil lintah-lintah ini, anda juga boleh menjual lintah-lintah tersebut pada individu perseorangan atau mana-mana company kecil yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya. Saya terbaca berita dari Berita dari Bernama pada 17 Julai 07 yang lalu iaitu lintah dijual RM9.3juta per ton, ini bermakna 1 kg lintah syarikat Art Soulist Sdn Bhd akan jual RM9300 ke luar negara dan mereka ambil daripada pembekal cuma RM60 per kg.

Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau & coklat, akan tetapi lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang lintah ialah dalam masa 6 bulan andai anda bela dari kecil. Risiko lintah untuk mati & penyakit memang amat kurang melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Harus anda ketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau.

Sampai di sini dahulu artikel kali ini mengenai model perniagaan lintah ini. Saya harap ia dapat menjadi rujukan kepada pengusaha lintah dan saya doakan agar industri lintah ini akan kekal selamanya dalam dunia perubatan moden mahupun tradisional.

Sekian, Suhail

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb


Megasales modelniaga.com telah ditutup hari ini

21 11 2007

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Untuk pengetahuan, laman web megasales.modelniaga.com telahpun ditutup pada hari ini. Saya ingin membuat sedikit rumusan tentang megasales tersebut. Pada khemat saya, ini adalah suatu cabaran bagi saya kerana saya terpaksa menanggung kekecewaan di atas laman tersebut. Kekecewaan tersebut ialah saya tak dapat membuat sebarang jualan pun produk tersebut. adakah ini merupakan kesilapan saya yang tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan promosi. Sehinggakan di ebay.com sekalipun saya telah masuk untuk melakukan promosi cuma di forum2 jer saya tak buat. namun begitu produk sebegini memang seawalnya wujud sahaja dapat sambutan hangat dan bila nak jual kembali memang amat payah. rasanya kewujudan produk ni dah 3 nak masuk 4 bulan lamanya. So, saya akan jadikan ia bonus bagi produk saya yang akan datang because saya sendiri belum pernah melakukan jualan bagi produk sendiri.

Untuk pengetahuan anda semua, bukanlah semudah yang disangka untuk menghasilkan sesuatu produk terutamanya produk digital yang bermutu. Yang mengarut memang amat banyak di pasaran sekarang ni. Model Perniagaan Internet merupakan sesuatu yang luas dan amat-amat luas dan ia merangkumi banyak bab yang harus anda semua perlu ketahui. Walaupun begitu, tak semua anda mampu untuk ceburi.. anda perlu tahu cuma 1 perkara yang seringkali diulang-ulang iaitu “fokus” pada suatu perkara yang benar-benar boleh membawa hasil kepada anda. Bagi saya saudara, Program Google adsense memang benar-benar berhasil. Oleh sebab itu jugalah anda tidak pernah nampak saya menjual suatu produk ciptaan sendiri bukan? semestinya saya sedang berfikir untuk yang terbaik dikalangan peminat modelniaga.com.

Adakah relevannya google adsense dengan perniagaan internet?? sememangnya relevan juga kerana kemunculan google adsense adalah daripada google adword. Tanpa Premis atau Peniaga takkan wujud google adword apatah lagi google adsense bukan? Namun begitu ia bukanlah suatu perniagaan tulen tetapi semestinya anda harus membuat promosi juga bukan selain dari mengharapkan SEO itu sendiri.

Penjualan produk jenis MRR dan RR ni banyak kerenahnya saudara. Kadang-kadang kita beli saja secara pukal namun susah kita nak menjualnya pada harga yang lebih tinggi dari yang kita beli itu. Tetapi tak semua begitu, yang menjadi persoaalan disini adalah sejauh mana produk itu dapat dilindungi serta dihadkan kepada penjualannya..

P.s: Sedih juga bila jadi macam ni tapi lagi sedih kalau terus dibiarkan saja laman web yang usang itu.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb