Plantation Training

22 12 2007

Memanjat kesyukuranku ke hadrat Ilahi kerana saya telah pun berpeluang dalam menjalani Latihan Pengurusan Perladangan di TH Plantation pada awal Januari 2008 ini setelah tamat saja pengajian ku di sebuah Universiti tempatan. Saya mengharapkan doa daripada peminat blog ini yang beragama Islam walaupun tak seberapa canggih sangat blog ini seperti saudara kita yang lain. Bila ada peluang-peluang sebegini harus saja kita kena pergi sebabnya bukan mudah untuk dapat peluang seperti ini lagi bukan?

Walaupun kerjaya perniagaan internet ini adalah sampingan namun ia adalah bukan jaminan buat diri saya yang masih tidak konsisten dalam perniagaan ini. Oleh kerana itu, walaupun anda mempunyai perniagaan internet jangan abaikan juga tugasan luar yer kerana anda sangat diperlukan oleh masyarakat dalam membangunkan Agama Bangsa dan Negara.

Buat masa ini, segala aktiviti modelniaga akan bertambah perlahan atau “slow” kerana tumpuan tak dapat diberikan sepenuhnya pada blog. Walau bagaimanapun jika terdapat conection internet di estate-estate saya akan usahakan untuk terus mengupdate blog ini. Saya amat sayangkan  blog ini dan anda semua. Untuk pengetahuan, borang opt-in telah saya kemaskini dan rasanya dah boleh digunakan. Kepada sesiapa yang berminat dengan blog ini, bolehlah subscribe di www.modelniaga.com.

Sekian, Terima Kasih.

Suhail

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

2 responses to “Plantation Training”

22 12 2007
GuruBashid (20:37:25) :

Walau apa pun tahniah saya ucapkan kepada sdr Suhail yang akan memulakan sesi latihan pengurusan ladang di beberapa buah ladang milik Tabung Haji bermula awal Januari ini. Latihan yang dilalui beliau ini adalah proses biasa bagi seseorang calon sebelum diserap ke jawatan tetap sebagai penolong pengurus ladang. Graduan lulusan perladangan dari UiTM Perlis ini memang mempunyai minat mendalam dalam sektor pertanian dan perladangan, selain mengisi masa lapang dalam dunia internet. Saya percaya remaja yang turut terdidik dalam selok belok agama dan kualiti peribadi terpuji ini mampu menempuh apa jua cabaran walau di mana beliau ditempatkan. Syabas dan tahniah kepada beliau daripada GuruBashid.

23 12 2007
Suhail (18:28:40) :

Terima Kasih Gurubashid, Ini adalah permulaan lagi.. jangan lah terlalu memuji tetapi yang diharapkan adalah doa yang berterusan daripada anda semua.. Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik walau di mana jua. Segala salah dan silap samada di dunia internet mahupun di luar sana saya memohon maaf kepada semua yer. Semoga semasa di sana nanti saya dapat menjalani latihan dengan lebih tenang. Untuk pengurusan perniagaan Gurubashid, nanti saya akan ajar semuanya, Insyaallah.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>