Mula bekerja
1 12 2007Assalamualaikum w.b.t atau Selamat Sejahtera kepada pengunjung sekalian. 1 hb dis 2007 merupakan hari saya mula bekerja. Alhamdulillah walau pun kerja biasa tapi sekurang-kurangnya dapat membantu family sementara nak menunggu kerja yang lebih sesuai dengan hidup ini. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja menyiapkan 1 projek menyediakan ruang iklan di laman blog gurubashid.com memandangkan traffik yang datang pun agak memberangsangkan walaupun laman tu baru berusia 5 bulan. Saya harap pihak gurubashid.com akan terus berjaya dalam menyediakan rangkaian pengiklanan tersebut.
Tak banyak yang saya boleh ceritakan mengenai kehidupan di kampung ni. Jikalau anda di tempat saya, adakah anda akan berkata tinggal dikampung memang seronok?? Saya pasti kepada anda yang tinggal di bandar dan apabila tiba hari raya atau cuti persekolahan mesti tak sabar-sabar mahu pulang ke kampung bukan? Begitu juga mereka di kampung yang akan menyambut kegembiraan dengan kepulangan anda. Tetapi adakah anda pernah berfikir tentang kehidupan tinggal di kampung terutamanya di suatu kawasan pedalaman? Adakah mereka juga gembira seperti anda yang tinggal di bandar? Oh..bagi saya kehidupan di kampung tidaklah sehebat anda yang tinggal di bandar. Anda lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan perkembangan semasa dunia tambahan pula peluang pekerjaan ada di depan mata dan mudah untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.
Bagi anda yang dari bandar dan mahu berhijrah ke kampung saya rasa baik anda fikirkan satu perkara adakah anda mampu untuk tinggal di kampung? Kampung yang saya maksudkan di sini adalah sebuah kampung yang jauh dari bandar. Masalah yang anda bakal hadapi kelak adalah mencari peluang pekerjaan. Anda perlukan kesabaran yang kental untuk tinggal di kampung maka tak hairanlah orang tua-tua kita, nenek kita atau tokwan kita memang sudah lali dengan situasi sebegini, mereka tahu buat kerja kampung tetapi anda??. Bagi anda yang ada ibu dan ayah di kampung tu selalulah beringat-ingat bahawa mereka tidak lah sesenang anda. Bantulah mereka jika anda sudah berjaya kelak. Sekurang-kurangnya mereka akan selalu rasa dihargai kerana mempunyai anak seperti anda dan boleh berbangga dengan rakan-rakan mereka.
Sabar adalah kunci utama. Pemikiran orang kampung ni lain sikit maka jika anda bawa sesuatu yang baru kepada mereka, berikan kata-kata anda secara berhikmah kepada mereka. Saya selalu menanam hasrat untuk membantu mereka, tetapi biasanya kalau terjadi sesuatu masalah atau salah faham mereka akan salahkan kita balik. Jadi bersabarlah dengan ibu bapa anda. Saya pernah memberitahu mereka tentang perniagaan internet ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan pada keluarga kita nanti jika saya betul-betul serius dalam dunia perniagaan ini. Sudah berbuih mulut saya menjelaskan kepada mereka namun apa yang saya dapat ialah suatu yang seumpama kutukkan juga.
Mereka juga mahukan kesenangan itu datang secara mendadak tetapi mereka tidak tahu bahawa nak bangunkan sesuatu perniagaan itu bukannya sehari-dua malah memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk kita stabilkan perniagaan ini. Walau perniagaan convensional mahupun internet sekalipun. Oleh sebab itu, jika saya bekerja maka kuranglah kutukkan perniagaan dan program internet yang saya sedang jalankan sekarang ini. Namun saya tak salahkan mereka, kerana mereka masih tak memahami konsep sebenar perniagaan atau program internet ini. Biarlah bila saya sudah berjaya nanti, saya akan hulurkan kepada mereka wang hasil usaha saya selama ini dan berikan kepada mereka sambil berkata inilah wang hasil titik peluh saya dalam menjalakan perniagaan internet ini yang saya pernah war-warkan kepada ibu dan ayah dulu.
Ps: Ada ke di antara anda yang mahu tinggal di kampung lagi setelah lama tinggal di bandar dengan ada kerja yang tetap?









.gif)










Recent Comments