First payment for me from Google Adsense Program

31 12 2007

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya baru sahaja menerima bayaran Western Union daripada daripada Google Adsense. Tarikh 31.12.2007 adalah tarikh keramat bagiku sekian lama menunggu payment yang pertama ini. Tak banyak tapi cukuplah untuk menampung hidup ni di Estate nanti. Sepatutnya hari Jumaat hari tu dah boleh cashkan wang tu tapi terlewat ke bank pula masa tu, dah petang (wah wah wah pasal duit buat lambat-lambat pula).

Nak bercerita tentang azam tahun baru ini memang sangat banyak. Antaranya nak membanyakkan ilmu tentang teknik-teknik adsense yang lebih berkesan. Harap-harap masa di estate nanti ada jugalah connection internet.

Bagi anda yang masih belum mendapat wang daripada google adsense saya amat sarankan anda mempelajari teknik-teknik halus dalam google adsense ini. Sekarang terlalu banyak ebook yang menerangkan tentangnya. Hari ini saya telah menerima emel daripada seseorang IM bahawa Labanon dah lancarkan tipadsense dan harini juga mungkin hari terakhir bagi saudara Munawwar dengan pakej lengkapnya iaitu jana-wang-adsense.com mengenakan harga RM70 bagi ebook tersebut. Tahun depan kemungkinan besar ia akan dinaikkan harganya. Saya taip tentang 2 buah ebook ini tanpa mendapat apa-apa komisen sebaliknya nak memberitahu anda semua bahawa sumber rujukan ini memang diiktiraf oleh IM-IM Malaysia yang terkemuka seperti saudara Shuth, Smartusaha, Vince Tan, Syed Ikhwan dan lain-lain lagi…

P.s:Tiada keraguan lagi untuk anda menyertai google adsense.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

6 responses to “First payment for me from Google Adsense Program”

31 12 2007
zool (21:26:32) :

tahniahlah..
saya masih belum capai tahap minimum lagi..

1 01 2008
suhail (10:40:53) :

Terima kasih zoo. Selamat tahun baru, wah tak ape, pelan2 kayuh.. cari banyak rujukkan. setakat ni yang saya nampak kalau dah pro dari ebook raja adsense boleh beli cik nawar punyer ebook pula, jana-wang-adsense. mmg bagus2 sagat lah ebook ni.. saya kalau asyik didepan pc kan mmg saya buat betul2 apa yang diajar beliau tu, cuma masa tak izinkan saya lagi sekarang ni..

1 01 2008
GuruBashid (15:28:50) :

Tahniah saya ucapkan kpd sdr Suhail kerana buat pertama kali mendakap sejumlah wang berjumlah RM521.00 hasil titik peluknya selama ini terlibat dalam dunia adsense ini. Saya sendiri merupakan org pertama yang ditunjukkannya resit wang tukaran di Western Union, Cawangan MICB, Taiping. Semoga ini memberi semangat kepadanya untuk terus membuat penyelidikan dalam bidang ini yang saya kira semakin ditembusi semakin banyak rahsia yang terungkap dan semakin besar peluang untuk menggapainya. Cuma kali ini sdr suhail kena pandai-pandai mengagihkan masa antara tanggungjawab sebagai pelatih pengurus ladang milik TH dengan minat beliau yg mendalam dalam dunia adsense. Walau apa pun yang dilakukannya dan di mana pun dia berada saya percaya sdr suhail mampu melakukannya. Disiplin serta ingatkan Allah itu sentiasa merupakan terasnya. Tahniah dan terima kasih atas sumbangan dalam mengendalikan blog GuruBashid dan beberapa e-book yang diterbitkannya. Wassalam daripada Abd Bashid Harun dari http://guruniaga.com

2 01 2008
zool (14:24:26) :

betulla pelan2 kayuh…
tapi kayuhan tahun ni lebih pantas lagi untuk mencapai ke arah minimum payment..

14 01 2008
bizmalaya (01:25:13) :

saya pun tengah tunggu duit adsense ni..sama-sama ler kita berjaya erkkk…malaysia boleh

18 01 2008
admin (12:41:53) :

saya ingat nak buat penulisan bersama di blog ini sapa setuju yer? memandangkan keadaan saya yang tak mengizinkan saya menulis sekarang ni..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>