Benarkah kalau nak berjaya perlu jatuh dahulu???

23 11 2007

Adakah kalau kita nak berjaya mesti jatuh dahulu??? inilah faktor yang sering mempengaruhi minda anda sebelum atau semasa menjalani perniagaan internet ini. Oh, tajuk kita pada hari ini mengaitkan dengan risiko yang kita sedang dan bakal hadapi semasa menjalani perniagaan internet ini. Pemilihan model perniagaan yang betul adalah jawapannya. Jika anda memilih model perniagaan yang anda benar-benar minat, anda akan kurang menghadapi risiko kerana anda ada fokus pada model perniagaan itu bukan? Jujur saya akui, saya tidak akan buat sesuatu yang payah untuk saya lakukan. Ini juga akan mempengaruhi masa saya. Saya akan fokuskan pada sesuatu perkara sahaja untuk menjayakan 1 model perniagaan ini. Bagaimana pula dengan anda yang newbie atau masih baru dalam bidang ini dan tidak pernah lagi menjana wang di internet ini? So, nasihat saya yang terpaling basic adalah jika anda cukup berminat terhadap model perniagaan jenis program internet seperti Google adsense, anda haruslah fokus pada itu sahaja. jujur saya akui sekarang memang saya cuma fokuskan pada program ini. Banyak lagi teknik-teknik untuk meningkatkan earning daripada google adsense ni yang otai-otai tidak nyatakan. semestinya banyak lagi yang mereka rahsiakan daripada anda. So, kajilah sendiri. lepas kaji boleh la bagi saya skit informasi tu yer hehe.. oklah walaupun post ni  tak seberapa tapi ia boleh mempengaruhi anda untuk kurangkan risiko dalam setiap model perniagaan yang anda lakukan sekarang ni.

-sekian-

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • feedmelinks
  • Furl
  • RawSugar
  • scuttle
  • Smarking
  • Wists
  • YahooMyWeb

Actions

Informations

One response to “Benarkah kalau nak berjaya perlu jatuh dahulu???”

25 11 2007
matzis (00:07:03) :

memang benar, hanya orang yang mampu bangun selepas kejatuhan untuk terus berusaha sahaja yang akan berjaya selama-lamaya.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>