Penulis
Mengapakah modelniaga.com?
modelniaga.com merupakan singkatan bagi “model perniagaan”. model di sini didefinisikan sebagai “bentuk” dan perniagaan disini didefinisikan sebagai “perniagaan online”. Dalam tips modelniaga.com, kami merangka perniagaan online merangkumi 3 aspek yang utama iaitu:
1) Model perniagaan Digital
2) Model Perniagaan Program Google Adsense
3) Model Perniagaan Program Affiliate
Model perniagaan digital.
Adakah anda masih baru mendengar jenis “model perniagaan digital” ? Ya!! perniagaan digital adalah melibatkan penjualan produk-produk seperti perisian komputer dan ebook. Ingin membangunkan sesuatu perisian adalah amat sukar jika kita tiada ilmu programming akan tetapi ingin membina ebook adalah semudah A.B.C..
Mengapa model perniagaan ebook ini ada pasarannya tersendiri?
Hoho.. disini saya nyatakan kepada anda kebanyakkan pengguna internet masa kini inginkan “maklumat”. Kalau boleh mereka tidak mahu ketinggalan setiap perkembangan semasa sesuatu maklumat. Oleh wujudnya situasi sedemikian, kini, ebook wujud sebagai “buku maklumat” yang dapat memberikan hanya “maklumat”.
Terdapat berbagai jenis bentuk maklumat yang manusia hari ini ingin tahu. Antara contoh maklumat yang paling asas dimana kebanyakkan orang ingin tahu ialah “bagaimana untuk menjana pendapatan online“. Oleh kerana ramai orang inginkan maklumat sedemikian, modelniaga.com akan berkongsi maklumat dan tips-tips “bagaimana untuk menjana pendapatan online” di blog.modelniaga.com.
————————————————————————————
ModelNiaga Dot Com merupakan sebuah laman web yang berkonsepkan blog, milik Muhamad Suhaili Bin Shahruddin a.k.a Suhail yang sedang bertugas di Ladang Enggang milik Syarikat TH Plantations Berhad.
Blog ini bertujuan untuk berkongsikan perkara-perkara yang berkaitan dengan keusahawanan. Ia tidaklah terhad kepada keusahawanan online mahupun offline semata-mata sebaliknya menyeluruh mengikut kategori-kategori yang telah penulis tetapkan.
Blog.modelniaga.com merupakan journal atau catatan pengalaman dan ingin dikongsikan bersama pengunjung-pengunjung setia modelniaga.com. Disamping itu, modelniaga.com amat mengalu-alukan sebarang komen-komen yang membina daripada semua pengunjung serta cadangan yang membina untuk kebaikan semua pembaca blog modelniaga dot com.
Visi:
Menjadikan Blog Modelniaga.Com Antara Blog Perniagaan Dan Maklumat Yang Tersohor di Malaysia.
Misi:
- Mencapai matlamat mewujudkan suatu “produk informasi” yang berinformasi dan berkualiti.
- Mencapai matlamat jualan yang pertama menerusi produk informasi sendiri .
- Mencapai matlamat lebih $100 dollar menerusi jana pendapatan program google adsense
- Memperkembangkan idea-idea perniagaan online dan offline.
- Membina Networking.
“Kejayaan adalah suatu pengembaraan, bukan suatu destinasi”
Nama: Muhamad Suhaili Bin Shahruddin
Alamat Kampung: Lot 4107 Kampung Telok Gama Gagah, Selingsing 34400 Perak Darul Ridzuan.
Alamat Sarawak: Ladang Enggang, No 8 Jalan Feeder Pusa, Ground Floor, New Shophouse, Pusa Bazaar, 94950 Pusa, Saratok, Sarawak.
Sekian,

.gif)










Dari catatan saudara, saya percaya saudara akan pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini. Apa yang sedang saudara usahakan memang tepat pada waktunya. Saudara sedang merebut peluang itu, sedangkan orang lain mungkin membiarkannya. Beza anda dengan orang yang gagal adalah kerana anda berjalan dengan mata terbuka, sedangkan orang lain terus berpaut kepada jubah gurunya dengan matanya sendiri dipejamkan. Saya do’akan semoga impian anda bertukar menjadi kenyataan.
Terima kasih atas nasihat dan kata-kata En Abd Bashid itu, Insyaallah saya akan lakukannya dengan yang terbaik. Dari sehari ke sehari saya akan atasi segala kelemahan dan sentiasa belajar serta mendalami lagi ilmu keusahawanan ini. Ilmu Allah yang sangat luas ini kita perlu terokainya, dan memang kita digalakkan untuk mencuba sesuatu yang lain dari yang lain.
SAYA dari GuruBashid Dot Com mengucapkan syabas dan tahniah kepada sdr Suhail peneraju kumpulan laman web ModelNiaga atas kelahiran produk baru pakej MegaSales Fresh. Nampaknya satu persatu kejayaan dihasilkan oleh beliau walaupun penglibatan beliau masih baru dalam dunia perniagaan online ini. Kemajuan yang membanggakan ini membuktikan bahawa kemahuan yang membara mengatasi segala-galanya sejajar dengan pepatah Melayu di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang penting saudara Suhail semakin belajar daripada setiap detik pengalaman yang dilaluinya. Saya percaya jika kegigihan ini dapat diteruskan di samping perancangan yang rapi dan penuh strategi kumpulan ModelNiaga Dot com akan meraih kejayaan yang besar. Insya-Allah.