Model Perniagaan Internet Arbitrage Berkesan

27 06 2008

Model perniagaan internet yang berkaitan dengan program internet yang menggunakan arbitrage amat berkesan sebenarnya. Hari ini (Jumaat) saya dapat pendapatan ke 3 menerusi google adsense.

Pada mulanya saya telah merangka sebuah ebook yang menerangkan tentang ini, tapi malangnya saya tak dapat buat demikian kerana window saya telah hilang lepas saya uninstall Anti Virus. (Kononnya nak tukar antivirus lain). Tapi semua data tu saya tak backup. Nampaknya mungkin saya diajak untuk berkongsi di sini.

Pastinya semua nak tahu bagaimana untuk tambahkan pendapatan internet. Sebenarnya banyak cabang. Tapi apa yang saya lakukan adalah arbitrage.

Arbitrage:-

1) Bina blog yang “niche-high paying keyword” di www.blogger.com

2) Buat posting

3) Daftar Google Adsense

4) Masukkan kod Google Adsense ke dalam blogspot anda

5) Promosikan blog dengan cara berbayar di Yahoo Search Marketing (YSM). (dapatkan kupon penjimatan).

6) Monitor Kempen di YSM

Ini antara 6 steps untuk mencapai tahap cukup-cukup makan dalam buat duit dengan kaedah arbitrage ini.

Kunci utama dalam arbitrage ialah keyword yang anda guna di blog anda adalah “high paying” jika tidak anda akan berada selamanya dalam kerugian. Saya akan menceritakan sedikit demi sedikit untuk topik akan datang. saya pun dah mengantuk sangat, esok kerja pula. Kena tinjau nursery selalu. ok.. tata.

P:S: Optimasi keyword dalam artikal amat penting untuk Ranking Laman Web/blog anda.



Pre-Pelancaran 10 Asas Membina Model Perniagaan Internet

23 06 2008

Benarkah Kita Boleh Buat Duit Dengan Internet?

Walaupun masih dalam dunia yang serba canggih ini, tidakkah anda terfikir bahawa masih ramai lagi orang diluar sana yang tidak tahu akan kewujudan satu sistem buat duit yang agak mudah sebenarnya. Iaitu sistem buat duit menggunakan internet. Mahu tidak mahu, Asas perniagaan mestilah patut diketahui dahulu, baru boleh pergi kepada advance sedikit.

Semasa saya sedang menaip ini, ebook ini masih lagi dalam proses pembikinan dan penyusunan semula serta proses penyemakkan. Versi Ebook Sebelum ini pernah diberikan secara percuma kepada 50 subscriber terawal, sambutan agak menggalakkan. Isi kandungannya pun tak seberapa dan agak umum. Kini saya sedang untuk buat yang terbaik dan mudah difahami untuk sesiapa sahaja yang tiada langsung basic/asas perniagaan internet ini, bolehlah menjadi subscriber di www.modelniaga.com dahulu. July 2008 akan bermulanya Pre-Lunch yang sebenar. Kalau diizinkan oleh Nya, awal dari itu saya akan lancarkan sepenuhnya.

Sekian sajabuat kali ini,

P.s: Posting ringkas dari Pusa, Sarawak.

 

E-book Ini Mendedahkan bagaimana untuk membuat duit dengan Internet. E-Book Ini mendedahkan 10 Asas yang diamalkan oleh kebanyakkan Peniaga di Internet Mengaut Keuntungan.

 



PPC Adalah Senjata Utama Dalam Perniagaan Internet

1 06 2008

Melalui pengalaman, PPC sememangnya berkesan untuk mendapat pengunjung laman web yang unik. Maksud unik di disini adalah pelawat yang berkehendakkan kepada sesuatu yang dicarinya. Melalui PPC juga, saya telah mendapat 2 kali bayaran daripada Google Adsense dan kini hendak masuk kali ke 3 saya akan terima bayaran. Semasa saya menerimanya kali pertama, sememangnya amat gembira kerana tak pernah lagi dapat duit dari internet. Kini tanpa pening2 kepala untuk dapatkan pelawat, guna saja teknik PPC.

PPC tak akan berkesan jika anda tak dapat menguasai sesuatu keyword. Untuk mendapatkan keyword yang sesuai, anda perlulah mencari serta mengji dan mengkaji keyword atau kata kunci tersebut. Kini, saya hanya hidup dengan 1 keyword saja. Keyword adalah rahsia. Tak akan ada orang yang akan bagitahu anda sesuatu keyword yang diorang guna kerana keyword adalah periuk nasi bagi mereka. Jika anda menguasai keyword, anda akan menguasai pasaran bagi keyword tersebut. Sejauh mana kefahaman anda tentang ini?

Kebanyakkan usahawan internet banyak menghabiskan masa dengan kajian keyword ini, banyak ebook2 yang menerangkan tentang kajian keyword. Tak payah pening2 nak cari jauh2, dalam blog ni kat bahagian link tu pun ada laman web/blog yang anda boleh lihat keyword yang menguntungkan. Jika anda telah jumpa yang sesuai dengan anda, maka develop lah keyword ini dengan kretiviti anda sendiri supaya ia menjadi terancang dan seterusnya akan terfokus.

Sekian saja untuk hari ini.

P:S: Sudah berpindah ke Ladang Enggang, Pusa. Sarawak.