Apa yang aku boleh jual di sini?

30 05 2008

Apa yang aku boleh jual di sini? Inilah tajuk pada kali ini, sebenarnya ini berkesahkan kehidupan saya di Sarawak. Saya selalu memikirkan apakah yang boleh saya jual di sekitar kawasan ini sebagai menambah “side income” saya. Selain dari Google Adsense, saya perlukan side income yang lain. Nak buat perniagaan online pun saya sedang menghadapi masalah kelembapan kelajuan internet. Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan celcom broadband di sini. Bagi saya, dalam satu sudut  walaupun ada internet namun tak ada maknanya kalau connection slow macam ni, nak download pun tak dapat. Banyak info2 ebook saya terlepas. Tetapi pada satu sudut yang lain, walaupun slow, disebabkan kawasan ini jauh untuk ke bank, saya boleh buat “bill payment” dan segalanya berkaitan dengan online payment.

Bila hanya payment jer lancar untuk saya lakukan di internet tetapi tak kepada kegiatan nak generate wang, ini adalah suatu masalah bagi saya. Saya sedar, kebanyakkan yang saya tulis dalam blog ini adalah suatu masalah. Ada ke orang nak baca masalah dalam blog? Soalan cepu emas… terpulanglah kepada pembaca semua, jika anda take positive maka positive la jawapannya dan sebaliknya.

Jika anda di semenanjung, saya jamin anda amat beruntung untuk generate wang di internet ini. Segala infrastruktur di sana lengkap. Amat rugi jika anda melepaskan segala peluang yang tersergam di depan anda. Bukan saya katakan di sini tak boleh nak generate wang online ini esp dalam perniagaan internet, tetapi sukar sedikit. Actually jika anda melakukan perniagaan dalam bentuk fizikal. Mulakan sekarang orang semenanjung, bangkitlah segera dari tidur untuk buat sesuatu untuk menambah wang anda.

P:S: Pejam celik dah masuk bulan ke 4 saya di sini, dan saya juga adalah orang yang terawal untuk di pindahkan ke ladang lain tetapi masih di kawasan ini. Hehehe..  Ingat nak hantar ke Semenanjung, rupanya track and trik saja.



Konvokesyen UiTM ke-68

26 05 2008

Tahniah saya ucapkan kepada graduan-graduan UiTM especially Graduan Diploma Planting Industry Management, DPIM yang baru saja selesai konvokesyen ke-68 di Dewan Sri Budiman pada 24 hb May 2008. Terharu bila mengenangkan kisah belajar selama 3 tahun bersama rakan-rakan. Tetap ku abadikan dalam kenangan.

Pengalaman kali pertama konvo sangat berharga, tambahan pula dalam minggu ini saya ada kursus Pengurusan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian Sawit yang dikendalikan oleh MPOB di Sepang. Mungkin beginilah pengalaman konvo setelah sudah mencapai matlamat untuk pekerjaan setelah selesai tanggungjawab untuk universiti, kini tanggungjawab kepada Company pula.

Tak lupa saya ucapkan “Thank You So Much” kepada Lecturer-lecturer saya iaitu antaranya Prof Wan Muda, En Yazid, Prof Satar, Prof Rashid, Prof Malik, Prof Ismail, En Razak, En Said, Dr Zarina, Cik Nazalyyusma, Cik NorFaradila, Cik Wan Dalila.. tak lupa juga unit2 ladang UiTM Perlis dan semua yang terlibat dalam penglibatan kami sepanjang di UiTM. Insyaallah kami akan bekerja dan belajar bersungguh2 untuk terus mengharumkan DPIM dan seterusnya UiTM di mata Dunia.. Proud To Be Planters’..

Sekian saja sorakkan semangat graduan-graduan uitm arau, gambar ada, cuma tak cukup space nak letak, kena tambah space lagi hosting ni.

P:S: Bekerja di TH Plantation Berhad, PUSA, New Planting. 100% Peat Soil.



Menjana Wang Secara Autopilot.

11 05 2008

Menjana wang secara autopilot bukanlah perkara biasa lagi. Anda hanya perlu memperuntukkan beberapa jam saja dalam sehari ataupun seminggu untuk mengoptimasikan iklan anda. Autopilot bermaksud dimana laman web perniagaan atau laman web yang mempunyai program buat duit online seperti affiliate dan google adsense iaitu laman web ini mampu menjana wang untuk anda menerusi program pay per click (ppc). Segalanya bermula dari laman web anda, seterusnya anda mengiklankannya dan iklan anda itu terus saja berjalan selagi kredit akaun anda masih ada. PPC yang amat popular di Malaysia seperti google adword dan yahoo search marketing.

Apabila sebut saja pasal PPC ni, kita telah ada satu panduan PPC buat pertamanya dalam bahasa Melayu di www.ppcpercuma.com yang di tulis oleh saudara naem. Saya mencadangkan kepada anda yang berminat untuk memaksimakan pendapatan anda dengan cara ini boleh dapatkan panduan seumpama ini. Saya amat yakin sekali sekiranya anda telah ada product dan anda bina 1 laman web untuk product anda itu. dan promosikan guna kaedah adword yang diajarkan oleh saudara naem.

sekian saja buat hari ni.

P.S:Saya juga sangat bz dgn kerja ladang saya jadi saya akan update blog ini mngikut kemampuan saya.