Kini Clickbank telah dibuka untuk Rakyat Malaysia

27 04 2008

clickbank1.JPG

Lihat paparan di atas, clickbank telah menerima saya sebagai ahli. Jadi, inilah peluang untuk anda yang bergiat aktif dalam affiliate. daftarlah sekarang. Tak perlu gunakan alamat singapore lagi tak perlu dan tak perlu.. wah excited pula.

to be continue…..



Apa khabar Semenanjung?

23 04 2008

Assalamualaikum wbt. dan  apa khabar kepada semua pembaca blog yang saya kasihi. Sudah 2 bulan tak menaip posting di sini atas sebab-sebab tertentu yang sememangnya tak dapat dielakkan. Alhamdulillah kini saya dapat kembali untuk meneruskan sisa-sisa hidup yang ada  untuk  berkongsi dengan semua..Banyak benar perubahan  yang saya dapat lihat setelah sudah lama tak dapat fokuskan pada blog. Saya just kini jadikan blog sebagai bahan sampingan saja untuk meluahkan, berkongsikan apa saja yang saya nak ceritakan.

Untuk pengetahuan semua, saya kini sedang bertugas di Sarawak, di PUSA. Ada sapa2 yang pernah sampai ke sini? Saya bertugas sebagai penolong pengurus ladang saja. Kini saya sedang sibuk menguruskan tapak semaian kecil (pre-nursery) dan juga sedang melakukan kerja2 “lining” untuk tapak semaian besar (main nursery) nanti. Dengan kesibukan itu, saya tak dapat berkunjung ke internet sehinggalah saya sendiri sekarang telah mendaftar celcom broadband. Namun begitu conectionnya slow sangat coz saya dapat cuma 115kb saja (pakai GPRS phone jer tak ada 3G). Kini, sekurangnya saya dapat juga meninjau-ninjau perkembangan internet marketing ni. Banyak produk baru yang keluar yer. Untuk pengetahuan juga, saya baru saja selesai buat pembayaran online membeli ebook Sistem Kedai Online daripada SaifulSham yang baru dilancarkan. Sekarang dalam proses menunggu link downloadnya saja.

Saya banyak belajar daripada ebook-ebook yang saya rasa ada kualitinya. Kadang-kadang orang tertanya-tanya bagaimana saya tahu tentang menjana pendapatan online ini. Sebenarnya setiap perkara yang kita buat mesti kena ada minat.  Apalah salahnya kita habiskan masa dan sedikit wang kita untuk terus belajar menjana wang di internet ini walaupun secara part time. Sebenarnya sebagai seorang executive, saya tak digalakkan ada perniagaan sendiri kerana ia akan mengakibatkan kita hilang fokus pada kerja dan hanya memberi tumpuan pada perniagaan sendiri. Tetapi jika kita melakukannya secara online, saya rasa ini tak menimbulkan apa-apa masalah. Jadi, di sini saya terlintas untuk membeli produk SaifulSham itu. Sebenarnya saya tak penah pun beli apa-apa produk daripada beliau sebelum ni. Tapi, kalau dah otai IM tu Insyaallah produknya juga hebat.

Belajar daripada ramai orang lebih menguntungkan kerana kita boleh kombinasikan idea-idea mereka ini dan digunakan untuk manfaat diri sendiri dan juga orang lain. Kalau nak berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, rajin-rajinlah explore mereka2 yang lebih berpengalaman. Insyallah, tak dapat banyak, sikit pun dah okey.

Apa khabar Semenanjung? Wah, baru 2 bulan di sini dah rindu semenanjung, macammana nak kerja ni. Persaingan amat hebat di sana yer. Esp. dalam dunia Internet Marketing atau perniagaan internet ni. Mungkin dah ditakdirkan rezeki saya di Sarawak ni, Alhamdulillah..Sesiapa pun tak boleh pertikaikan tentang pekerjaan seseorang itu walaupun dia bekerja dimana esp dalam hutan, tempat terpencil sekalipun. Inilah pengalaman. Mungkin 10 tahun lagi saya tak dapat lagi melihat akan kehijauan alam di Sarawak ini berpunca daripada pembangunan pesat yang sedang berlaku di Semenanjung sana.

Saya rasa setakat ini dulu buat kali ni, saya nak rehat dan tido dulu…