Potensi Kelapa Sawit Malaysia
19 01 2008Perladangan kelapa sawit dan industri yang berkaitan dengannya mempunyai potensi yang tidak terbatas dan dijangka akan menjadi tumpuan sektor perladangan di negara ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin, ketika ini 65 peratus daripada tanah pertanian negara ditanam dengan kelapa sawit, sementara Malaysia pula adalah merupakan antara pengeksport terbesar minyak sawit dunia. “Permintaan terhadap minyak sawit terus meningkat tahun demi tahun dan saya percaya pasaran dunia memerlukan tambahan antara empat hingga lima juta tan setahun. Situasi ini akan membuka ruang untuk industri kelapa sawit negara terus berkembang,”
kata beliau ketika berucap pada majlis Pelancaran Prospektus TH Plantations Berhad (THPB) pada 23 Mac lalu. Menurut beliau lagi, potensi minyak sawit kini ditambah pula dengan pelancaran bahan api bio-diesel yang dikenali sebagai “envo diesel” oleh Perdana Menteri pada 21 Mac lalu yang dijangka bakal memacu penggunaan sumber tenaga alternatif yang mesra alam dan sekali gus menjadi sektor baru pertumbuhan ekonomi negara. “Ketika harga bahan petroleum semakin tidak menentu ketika ini, ditambah pula dengan dunia yang semakin kehausan sumber, cara penyelesaian terbaik adalah beralih
kepada penggunaan bahan api alternatif yang paling berpotensi iaitu bahan api bio yang dihasilkan oleh minyak sawit,” kata beliau. Kata beliau lagi, dengan keluasan ladang dan kualiti kilang penapisan minyak sawit milik THPB, potensi untuk terus berkembang adalah tidak terbatas. Beliau turut memberi jaminan bantuan dan sokongan berterusan
daripada pihak kerajaan bagi membolehkan Malaysia terus terkehadapan dalam industri ini, sementara insentif yang menarik turut ditawarkan kerajaan bagi menggalakkan pengunaan bahan api bio-diesel yang berasaskan minyak sawit.
sumber: http://www.tabunghaji.gov.my/th/berita/06/febmac2006.pdf
Categories : Catatan Penulis
.gif)










Recent Comments