31
12
2007
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya baru sahaja menerima bayaran Western Union daripada daripada Google Adsense. Tarikh 31.12.2007 adalah tarikh keramat bagiku sekian lama menunggu payment yang pertama ini. Tak banyak tapi cukuplah untuk menampung hidup ni di Estate nanti. Sepatutnya hari Jumaat hari tu dah boleh cashkan wang tu tapi terlewat ke bank pula masa tu, dah petang (wah wah wah pasal duit buat lambat-lambat pula).
Nak bercerita tentang azam tahun baru ini memang sangat banyak. Antaranya nak membanyakkan ilmu tentang teknik-teknik adsense yang lebih berkesan. Harap-harap masa di estate nanti ada jugalah connection internet.
Bagi anda yang masih belum mendapat wang daripada google adsense saya amat sarankan anda mempelajari teknik-teknik halus dalam google adsense ini. Sekarang terlalu banyak ebook yang menerangkan tentangnya. Hari ini saya telah menerima emel daripada seseorang IM bahawa Labanon dah lancarkan tipadsense dan harini juga mungkin hari terakhir bagi saudara Munawwar dengan pakej lengkapnya iaitu jana-wang-adsense.com mengenakan harga RM70 bagi ebook tersebut. Tahun depan kemungkinan besar ia akan dinaikkan harganya. Saya taip tentang 2 buah ebook ini tanpa mendapat apa-apa komisen sebaliknya nak memberitahu anda semua bahawa sumber rujukan ini memang diiktiraf oleh IM-IM Malaysia yang terkemuka seperti saudara Shuth, Smartusaha, Vince Tan, Syed Ikhwan dan lain-lain lagi…
P.s:Tiada keraguan lagi untuk anda menyertai google adsense.
Comments : 6 Comments »
Categories : Catatan Penulis
30
12
2007
Assalammualaikum wbt atau salam sejahtera. Kehangatan sambutan ebook dikalangan penduduk Malaysia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ini terbukti menerusi akhbar yang sudah ada yang memberi tawaran percuma kepada sesiapa sahaja yang mendaftar dengan sesebuah laman web. Ini bermakna pasaran ebook amat berpotensi untuk maju di negara ini. Walau bagaimanapun ia semestinya memilih topik-topik yang menarik untuk dibukukan. ebook juga dapat menjimatkan kertas yang begitu mahal sekarang ini untuk membukukan sesebuah karya. Ebook yang asli semestinya akan mendapat sambutan hangat daripada segolongan masyarakat mengikut topik tertentu. Tidak mustahil saya katakan ebook ilmiah masih kurang di Pasaran tempatan sebab itu pasaran terhadapnya hangat dan begitu memberangsangkan. Ebook yang mengajar anda cara buat duit di internet sememangnya sangat banyak di pasaran tempatan ini namun bagi kita tidak dapat ketepikan karangan karyawan tempatan menerusi ebook mereka. Ini terbukti menerusi pra pelancaran ebook daripada seorang karyawan tempatan iaitu Encik Abd Bashid Harun menerusi ebook beliau “Koleksi Artikel Abd Bashid” menerusi laman webnya iaitu www.artikel-asli.gurubashid.com . Ia banyak kupaskan topik-topik menarik dalam bidang Politik dan Pendidikan Negara pada masa kini. Sememangnya 100% hasil penulisan beliau kali ini.
Sekian.
Comments : No Comments »
Categories : Perniagaan Internet, Semasa, Catatan Penulis
26
12
2007
Hai, apa kaba. Dalam keghairahan kita semua mencari wang di internet, kini telah terbit suatu program internet yang seakan-akan google adsense di mana anda semua dapat menjana pendapatan melalui iklan nufflets yang anda letak di blog masing-masing. Tak banyak bezanya dengan program google adsense, nufflets akan membayar anda apabila earning daripada pelawat klik iklan anda sehingga $50, tak macam google adsense yang anda perlu tunggu untuk cukup $100 baru payment anda akan diissuekan. Sama juga macam google adsense, nufflets akan membayar(issuekan payment) anda pada setiap 25 haribulan setiap bulan kalau dah cukup $50 pada bulan sebelumnya tu. Inilah konsepnya program internet yang amat mudah untuk anda menyertainya. Anda juga boleh buat rujukan di http://www.nufflets.com/faq.html#2 kalau anda masih ragu-ragu lagi dengan program internet seumpaman ini. Ops, founder yang mengasas program ini adalah saudara Nabil yang merupakan salah seorang programmer di mana anda boleh lihat komennya di blog buat duit nih..
Comments : 4 Comments »
Categories : Program Internet, Model Perniagaan, Perniagaan Internet
22
12
2007
Memanjat kesyukuranku ke hadrat Ilahi kerana saya telah pun berpeluang dalam menjalani Latihan Pengurusan Perladangan di TH Plantation pada awal Januari 2008 ini setelah tamat saja pengajian ku di sebuah Universiti tempatan. Saya mengharapkan doa daripada peminat blog ini yang beragama Islam walaupun tak seberapa canggih sangat blog ini seperti saudara kita yang lain. Bila ada peluang-peluang sebegini harus saja kita kena pergi sebabnya bukan mudah untuk dapat peluang seperti ini lagi bukan?
Walaupun kerjaya perniagaan internet ini adalah sampingan namun ia adalah bukan jaminan buat diri saya yang masih tidak konsisten dalam perniagaan ini. Oleh kerana itu, walaupun anda mempunyai perniagaan internet jangan abaikan juga tugasan luar yer kerana anda sangat diperlukan oleh masyarakat dalam membangunkan Agama Bangsa dan Negara.
Buat masa ini, segala aktiviti modelniaga akan bertambah perlahan atau “slow” kerana tumpuan tak dapat diberikan sepenuhnya pada blog. Walau bagaimanapun jika terdapat conection internet di estate-estate saya akan usahakan untuk terus mengupdate blog ini. Saya amat sayangkan blog ini dan anda semua. Untuk pengetahuan, borang opt-in telah saya kemaskini dan rasanya dah boleh digunakan. Kepada sesiapa yang berminat dengan blog ini, bolehlah subscribe di www.modelniaga.com.
Sekian, Terima Kasih.
Suhail
Comments : 2 Comments »
Categories : Catatan Penulis
18
12
2007
Sejak mula penubuhan laman web ini, saya telah pun membina suatu ebook iaitu seperti tajuk yang tertera di atas. Saya terpaksa mengakhirkan tawaran percuma tersebut kerana ia sudah cukup korum seperti mana yang telah saya janjikan dalam laman web tersebut. Saya akan tutup laman web tersebut dan gantikan dengan produk berbayar tak lama lagi. Bila nak masuk 2008 ni memanglah kita semua mesti berubah, takkan nak duduk di takuk lama sahaja kan? Bermula pada hari ini, borang Opt-in sudah tidak lagi berfungsi dan sesiapa yang mendaftar memang akan menghadapi masalah. Jadi nantikanlah produk saya yang tak lama lagi anda sendiri akan tahu. Saya sedang mengemaskinikan Modelniaga.Com sementara ada sisa-sisa 2007 ni.
Untuk pengetahuan, bukan mudah nak bina produk. Ia perlukan kepakaran dan penyampaiannya mestilah bersifatkan ketulusan barulah ia dikategorikan sebagai “fresh”. Saya ingin mengajar anda mengenai perniagaan internet dan membawa anda untuk menjadi seperti saya yang sudah mampu membuat duit online ini. buat duit Internet ini bukanlah suatu yang “TIPU”, ia adalah bersifatkan kebenaran. Jadi jika saya menyiapkan ebook nanti, anda jangan ragu2 untuk membacanya kerana ia bersifat benar. saya tahu ada dikalangan anda yang amat ragu2 buat duit internet ini tetapi tidakkah anda tahu sudah berapa ramai jutawan internet Malaysia yang lahir sejak akhir2 ini. Walaupun saya bukanlah seorang jutawan dan pakar tetapi pengalaman-pengalaman yang saya ada saya boleh bukukan dan kongsikan bersama untuk anda semua.
Saya jana wang adsense bukanlah beribu-ribu atau berjuta-juta tetapi hanya 1 ratus lebih saja sebulan, anda harus tahu bahawa iklan2 yang memaparkan pendapatan adsense mereka beribu2 tu bukanlah semua benar. contohnya sudah nyata di mana laman wen www.adsensetaiko.com telah disaspek sebagai pembohongan yang nyata dalam dunia adsense ini, so sedarlah bahawa nak jadi kaya bukan sekelip mata tetapi tirulah seperti usahawan2 yang tulus untuk mendidik anda ini.
sekian,
P:s nantikan ebook saya yang akan datang dan pastikan anda tidak akan terlepas review percuma daripada saya.
Comments : No Comments »
Categories : Model Perniagaan, Usahawan
15
12
2007
Untuk pengetahuan anda semua, borang opt-in modelniaga telah di spam teruk dan saya tak dapat nak access member2 yang berdaftar dengan modelniaga.com. saya tak tahu sapa punyer kerja ni. Tapi macam ada orang yang dah mahu hacks laman web modelniaga.com ni. apa yang istimewa sangat agaknya nak hacks laman web ni.. kalau tak ada yang istimewa buat apa orang nak cuba hacks betul tak?
Di hunjung2 tahun ni ramai pula Im Malaysia yang buat contest yer, antaranya saudara afzai dan saudara titanium . di harap sesapa yang terbaca post saya kali ni dapatlah sama2 memeriahkan lagi contest2 daripada IM Malaysia ni. Tanpa anda siapalah mereka bukan utk diberi support. saya cuma medium penghubung saja.
sekian.
Comments : 7 Comments »
Categories : Perniagaan Internet, Semasa, Rahsia Internet
5
12
2007
Assalamulaikum dan Selamat sejahtera buat pengunjung setia. Di pagi-pagi ni orang tua-tua kata kalau bangun awal pastu solat subuh dan tak tido balik memang rezeki murah. Buktinya semakin hari semakin naik pendapatan internet saya. Alhamdulillah tak lupa untuk bersyukur kepada yang ESA yang empunya segala-galanya. Pendapatan bulan Oktober saya ada bagi tau dalam laman web suhaildpm.com dan untuk bulan NOV. 2007 pula saya nak share kat sini saja. Lihatlah screenshort ni.

Selepas pergi bekerja pada petang nya(shiff malam7 malam-7 pagi), dan keesokkan pagi nya terus semak pendapatan adsense. Ini memang akan jadi amalan saya sepanjang bekerja part time ni. walaupun kerjanya 12 jam. Ermm mengantok ni sambil menaip. Hanya tuhan saja yang tahu, tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab bukan?. Saya amat yakin bahawa dengan google adsense ni kita akan dapat bekerja seharian (bagi saya semalaman la) dengan senang hati kerana saya sentiasa memikirkan berapalah pendapatan saya pada esok pagi. Kadang-kadang tu tak ada earning pun. Tapi tak payah la bersedih sebab mungkin esok kita akan dapat berganda dari yang biasa.
Projek terkini
Hehe, sebut pasal projek ni memang payah sikit la buat masa ni nak jalankan apa2 projek tapi target dari sekarang memang dah ada. Buat permulaannya target saya ialah nak menstabilkan pendapatan daripada google adsense ni. Nak consistenkan setiap bulan ada aje terima Duit dari WU. Pendapatan ni saya nak kumpulkan untuk target saya seterusnya. Tentang ebook 10 Panduan membina model perniagaan tu saya akan updatekan dengan info-info yang lebih menarik agar setiap yang membacanya tak bosan.
Okeylah, setakat ni dululah. Yang paling penting saya nak cakapkan, walaupun anda seorang usahawan internet, tetapi jangan abaikan kebajikan di atas muka bumi ini. Kadang-kadang kita sering leka bukan dengan kemewahan yang kita dapat di internet. Oleh itu berpijaklah di dunia yang nyata, itu adalah lebih baik dari menjadi angan-angan kosong. Walaupun kita tak berjaya dalam dunia keusahawanan internet ni namun ada benda yang lebih penting daripada itu yang kita semua tak tahu dan wajib tahu. Apakah itu? Teruskan membaca »
Comments : 3 Comments »
Categories : Uncategorized
1
12
2007
Assalamualaikum w.b.t atau Selamat Sejahtera kepada pengunjung sekalian. 1 hb dis 2007 merupakan hari saya mula bekerja. Alhamdulillah walau pun kerja biasa tapi sekurang-kurangnya dapat membantu family sementara nak menunggu kerja yang lebih sesuai dengan hidup ini. Untuk pengetahuan semua, saya baru saja menyiapkan 1 projek menyediakan ruang iklan di laman blog gurubashid.com memandangkan traffik yang datang pun agak memberangsangkan walaupun laman tu baru berusia 5 bulan. Saya harap pihak gurubashid.com akan terus berjaya dalam menyediakan rangkaian pengiklanan tersebut.
Tak banyak yang saya boleh ceritakan mengenai kehidupan di kampung ni. Jikalau anda di tempat saya, adakah anda akan berkata tinggal dikampung memang seronok?? Saya pasti kepada anda yang tinggal di bandar dan apabila tiba hari raya atau cuti persekolahan mesti tak sabar-sabar mahu pulang ke kampung bukan? Begitu juga mereka di kampung yang akan menyambut kegembiraan dengan kepulangan anda. Tetapi adakah anda pernah berfikir tentang kehidupan tinggal di kampung terutamanya di suatu kawasan pedalaman? Adakah mereka juga gembira seperti anda yang tinggal di bandar? Oh..bagi saya kehidupan di kampung tidaklah sehebat anda yang tinggal di bandar. Anda lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan perkembangan semasa dunia tambahan pula peluang pekerjaan ada di depan mata dan mudah untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.
Bagi anda yang dari bandar dan mahu berhijrah ke kampung saya rasa baik anda fikirkan satu perkara adakah anda mampu untuk tinggal di kampung? Kampung yang saya maksudkan di sini adalah sebuah kampung yang jauh dari bandar. Masalah yang anda bakal hadapi kelak adalah mencari peluang pekerjaan. Anda perlukan kesabaran yang kental untuk tinggal di kampung maka tak hairanlah orang tua-tua kita, nenek kita atau tokwan kita memang sudah lali dengan situasi sebegini, mereka tahu buat kerja kampung tetapi anda??. Bagi anda yang ada ibu dan ayah di kampung tu selalulah beringat-ingat bahawa mereka tidak lah sesenang anda. Bantulah mereka jika anda sudah berjaya kelak. Sekurang-kurangnya mereka akan selalu rasa dihargai kerana mempunyai anak seperti anda dan boleh berbangga dengan rakan-rakan mereka.
Sabar adalah kunci utama. Pemikiran orang kampung ni lain sikit maka jika anda bawa sesuatu yang baru kepada mereka, berikan kata-kata anda secara berhikmah kepada mereka. Saya selalu menanam hasrat untuk membantu mereka, tetapi biasanya kalau terjadi sesuatu masalah atau salah faham mereka akan salahkan kita balik. Jadi bersabarlah dengan ibu bapa anda. Saya pernah memberitahu mereka tentang perniagaan internet ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan pada keluarga kita nanti jika saya betul-betul serius dalam dunia perniagaan ini. Sudah berbuih mulut saya menjelaskan kepada mereka namun apa yang saya dapat ialah suatu yang seumpama kutukkan juga.
Mereka juga mahukan kesenangan itu datang secara mendadak tetapi mereka tidak tahu bahawa nak bangunkan sesuatu perniagaan itu bukannya sehari-dua malah memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk kita stabilkan perniagaan ini. Walau perniagaan convensional mahupun internet sekalipun. Oleh sebab itu, jika saya bekerja maka kuranglah kutukkan perniagaan dan program internet yang saya sedang jalankan sekarang ini. Namun saya tak salahkan mereka, kerana mereka masih tak memahami konsep sebenar perniagaan atau program internet ini. Biarlah bila saya sudah berjaya nanti, saya akan hulurkan kepada mereka wang hasil usaha saya selama ini dan berikan kepada mereka sambil berkata inilah wang hasil titik peluh saya dalam menjalakan perniagaan internet ini yang saya pernah war-warkan kepada ibu dan ayah dulu.
Ps: Ada ke di antara anda yang mahu tinggal di kampung lagi setelah lama tinggal di bandar dengan ada kerja yang tetap?
Comments : No Comments »
Categories : Catatan Penulis
Recent Comments