My holidays activities

30 11 2007

 coconut.JPG

Hai there..i waiting for holidays. Now they are arrived. What can i do in the holidays? my mind set i will job in the holiday. what can i job? oh ya.. when i arrived into my village, i know what activity can i do. You know what? hehe.. i always sales the coconuts after i clear the husts. At my villager area, i always getting the low price to i sold it. Ermm today i get 70 coconuts and the money i gotten is RM28.00. So nice??? So tired to i get it yeah!! at the Penang Area i can sold it RM0.70-RM0.80 per coconut. Different area is different price.

I also waiting for google adsense issue but i stay cannot see there issue in my google adsense account. What? ermm my account cannot reach 100 on oct but in nov i get it. so i can take the money at Western Union (WU) on end of dis 2007. So, i can be patient with happen this case. Fuh..

Ps: you know what can i try to says?



Promosi Pakej Lengkap Google Adsense bermula 26,27 Hingga 28 Nov Sahaja!!

27 11 2007

Adakah anda ingin mendapat pendatan daripada google adsense dengan suatu cara mudah seperti saya? wah!! ini adalah suatu pakej yang akan dinaikkan harga pada 28 hb nov ini. Sekarang kalau anda beli cuma RM20 sahaja. dapatkan sekarang di link http://tinyurl.com/yqo549 . Lihat Pendapatan adsense saya di Report diatas.

-Suhail-



“Easy Blog Traffic” Sedang Dilancarkan

24 11 2007

ebtmedium.png

Adakah anda begitu sukar untuk mendapatkan traffik ke laman anda? Rata-rata dikalangan blogger adalah ingin mendapatkan traffik ke blog/laman web mereka? That why, traffic is very important because jika anda tidak ada traffik ke laman anda maksudnya peluang untuk anda meraih jualan tidak akan kesampaian kerana kesilapan anda untuk teknik yang pertama iaitu mendapat traffik. Terutamanya anda yang sangat newbie dalam perniagaan internet ini mesti belajar bagaimana untuk menarik traffik. First impression laman web amat penting dan ebook di atas akan mndedahkan rahsia-rahsia yang anda tidak tahu bagaimana untuk membuatkan pelawat anda melawat laman web atau blog anda.

-suhail-



Benarkah kalau nak berjaya perlu jatuh dahulu???

23 11 2007

Adakah kalau kita nak berjaya mesti jatuh dahulu??? inilah faktor yang sering mempengaruhi minda anda sebelum atau semasa menjalani perniagaan internet ini. Oh, tajuk kita pada hari ini mengaitkan dengan risiko yang kita sedang dan bakal hadapi semasa menjalani perniagaan internet ini. Pemilihan model perniagaan yang betul adalah jawapannya. Jika anda memilih model perniagaan yang anda benar-benar minat, anda akan kurang menghadapi risiko kerana anda ada fokus pada model perniagaan itu bukan? Jujur saya akui, saya tidak akan buat sesuatu yang payah untuk saya lakukan. Ini juga akan mempengaruhi masa saya. Saya akan fokuskan pada sesuatu perkara sahaja untuk menjayakan 1 model perniagaan ini. Bagaimana pula dengan anda yang newbie atau masih baru dalam bidang ini dan tidak pernah lagi menjana wang di internet ini? So, nasihat saya yang terpaling basic adalah jika anda cukup berminat terhadap model perniagaan jenis program internet seperti Google adsense, anda haruslah fokus pada itu sahaja. jujur saya akui sekarang memang saya cuma fokuskan pada program ini. Banyak lagi teknik-teknik untuk meningkatkan earning daripada google adsense ni yang otai-otai tidak nyatakan. semestinya banyak lagi yang mereka rahsiakan daripada anda. So, kajilah sendiri. lepas kaji boleh la bagi saya skit informasi tu yer hehe.. oklah walaupun post ni  tak seberapa tapi ia boleh mempengaruhi anda untuk kurangkan risiko dalam setiap model perniagaan yang anda lakukan sekarang ni.

-sekian-



Model perniagaan lintah dalam dunia perubatan moden

21 11 2007

KITA mungkin jijik atau geli melihat haiwan yang bernama lintah. Namun di sebalik semua itu tersimpan manfaat yang begitu besar di dunia perubatan moden.

Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia.

Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik.

Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti

setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6 bulan).

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca.

Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib.

Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris seorang tabib pada Abad Pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”.

Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Menurut pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah setelah digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit.

Model perniagaan lintah dalam rawatan moden

Lintah kini adalah sebagai punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang mengusahakan projek lintah ini. Terdetik dalam hati saya bahawa model perniagaan lintah ini mampu memberi suatu pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya
dan sentiasa ada “supplier”. Saya mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan segala artikel yang ada mengenai lintah ini yang saya ambil di forum-forum dan saya satukan semua untuk rujukan anda di masa hadapan dan saya akan update dari masa ke semasa
dan saya harap tak ada isi ciplak hak cipta lagi kali ini. Dalam penternakkan lintah ini saya ingin menekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:

Keperluan Tanah dan Iklim

Penyediaan Tanah

Kualiti air

Penternakan

Penjagaan dan Pemakanan

Pemasaran

Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM 300.00/kg tidak termasuk kos penghantaran. Benih pula berharga sekitar RM0.60/ekor. Makanan bagi lintah ialah darah. oleh sebab itu belut adalah makanan terbaik bagi lintah. Harga belut adalah sekitar RM20.00/kg. Ini adalah harga anggaran dimana harga anak benih lintah yang ditawarkan sekarang minimum 1000 - 5000 ekor = RM 0.50/ekor dan 5001 ke atas boleh lah dapat dalam RM0.40/ekor

Kos untuk kolam

1. palong konkrit…..RM 80.00 /pcs…..dlm satu palong boleh muat dlm 2000 ekor anak lintah.(palong boleh cari kat hardware)

2. tangki air hitam….RM290.00 /pcs…dlm tu boleh masuk 3000 ekor anak.

3. kolam batu konkrit…RM 2000.00 / kolam….boleh masuk dlm10000 ekor ank>bukak dlm10 x 30 kaki

4. kolam tanah..RM10,000.00 / kolam.

boleh tengok gambar kolam sy kat web site: www.geocities.com/alham_leech.my/html

Pembiakkan lintah

Seekor lintah bila matang boleh betelor dan menetas sehingga 350-380 ekor anak dan cara pembiakkan tak susah, bila dia banyak makan lagi cepat dia bertelor.

Pemasaran, Syarikat yang terbesar yang mengambil lintah-lintah ini adalah Art Soulist Sdn Bhd dengan cara contract farming, laman webnyer http://www.artsoulistagrotech.com.my. Selain daripada syarikat Art Soulist Sdn Bhd yang satu-satunya company besar yang mengambil lintah-lintah ini, anda juga boleh menjual lintah-lintah tersebut pada individu perseorangan atau mana-mana company kecil yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya. Saya terbaca berita dari Berita dari Bernama pada 17 Julai 07 yang lalu iaitu lintah dijual RM9.3juta per ton, ini bermakna 1 kg lintah syarikat Art Soulist Sdn Bhd akan jual RM9300 ke luar negara dan mereka ambil daripada pembekal cuma RM60 per kg.

Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau & coklat, akan tetapi lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang lintah ialah dalam masa 6 bulan andai anda bela dari kecil. Risiko lintah untuk mati & penyakit memang amat kurang melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Harus anda ketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau.

Sampai di sini dahulu artikel kali ini mengenai model perniagaan lintah ini. Saya harap ia dapat menjadi rujukan kepada pengusaha lintah dan saya doakan agar industri lintah ini akan kekal selamanya dalam dunia perubatan moden mahupun tradisional.

Sekian, Suhail



Megasales modelniaga.com telah ditutup hari ini

21 11 2007

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Untuk pengetahuan, laman web megasales.modelniaga.com telahpun ditutup pada hari ini. Saya ingin membuat sedikit rumusan tentang megasales tersebut. Pada khemat saya, ini adalah suatu cabaran bagi saya kerana saya terpaksa menanggung kekecewaan di atas laman tersebut. Kekecewaan tersebut ialah saya tak dapat membuat sebarang jualan pun produk tersebut. adakah ini merupakan kesilapan saya yang tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan promosi. Sehinggakan di ebay.com sekalipun saya telah masuk untuk melakukan promosi cuma di forum2 jer saya tak buat. namun begitu produk sebegini memang seawalnya wujud sahaja dapat sambutan hangat dan bila nak jual kembali memang amat payah. rasanya kewujudan produk ni dah 3 nak masuk 4 bulan lamanya. So, saya akan jadikan ia bonus bagi produk saya yang akan datang because saya sendiri belum pernah melakukan jualan bagi produk sendiri.

Untuk pengetahuan anda semua, bukanlah semudah yang disangka untuk menghasilkan sesuatu produk terutamanya produk digital yang bermutu. Yang mengarut memang amat banyak di pasaran sekarang ni. Model Perniagaan Internet merupakan sesuatu yang luas dan amat-amat luas dan ia merangkumi banyak bab yang harus anda semua perlu ketahui. Walaupun begitu, tak semua anda mampu untuk ceburi.. anda perlu tahu cuma 1 perkara yang seringkali diulang-ulang iaitu “fokus” pada suatu perkara yang benar-benar boleh membawa hasil kepada anda. Bagi saya saudara, Program Google adsense memang benar-benar berhasil. Oleh sebab itu jugalah anda tidak pernah nampak saya menjual suatu produk ciptaan sendiri bukan? semestinya saya sedang berfikir untuk yang terbaik dikalangan peminat modelniaga.com.

Adakah relevannya google adsense dengan perniagaan internet?? sememangnya relevan juga kerana kemunculan google adsense adalah daripada google adword. Tanpa Premis atau Peniaga takkan wujud google adword apatah lagi google adsense bukan? Namun begitu ia bukanlah suatu perniagaan tulen tetapi semestinya anda harus membuat promosi juga bukan selain dari mengharapkan SEO itu sendiri.

Penjualan produk jenis MRR dan RR ni banyak kerenahnya saudara. Kadang-kadang kita beli saja secara pukal namun susah kita nak menjualnya pada harga yang lebih tinggi dari yang kita beli itu. Tetapi tak semua begitu, yang menjadi persoaalan disini adalah sejauh mana produk itu dapat dilindungi serta dihadkan kepada penjualannya..

P.s: Sedih juga bila jadi macam ni tapi lagi sedih kalau terus dibiarkan saja laman web yang usang itu.



Bukti Google Akan Bayar Pada Saya

20 11 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya ingin mendedahkan program yang anda mesti sertai sebagai nilai tambah kepada model perniagaan anda iaitu program yang tak asing lagi iaitu “google adsense”. Google adsense adalah suatu program yang sangat mudah untuk anda sertai dan sangat mudah untuk anda memperolehi pendapatan melalui internet ini. Baru-baru ini google adsense team telah menghantar PIN kepada saya untuk tujuan pembayaran nanti. Ini adalah sebahagian bukti yang saya sertakan, sila ke www.suhaildpm.com yer. Ok lah, post hari ni singkat sahaja.



Bagaimana Nak Mulakan Perniagaan Internet!!

16 11 2007

Hai semua, setelah sekali sekala menyepi saya datang lagi dengan membawa sedikit tips untuk anda. Saya baru saja selesai membaca post dari blog http://mohdamirol.com/2007/11/15/langkah-pertama-persediaan.html, memang bagus artikelnya. Kepada anda yang masih belum membaca silalah klik pada link tersebut.

Oh, memang begitu sukar untuk memulakan perniagaan internet ini. Tidak semudah yang kita semua sangkakan sebenarnya. Orang hanya melihat bila seseorang usahawan itu berjaya dan kesenangan yang mereka nikmati sekarang sahaja!!! tetapi kita tidak lihat liku-liku yang pernah mereka lalui sebelum ini. Saya juga masih mentah dalam dunia online ini, terlalu kerdil diri ini jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan online. Walau bagaimanapun ia bukanlah masalah bagi saya untuk mengatasinya. Kita ada akal, diberikan akal untuk kita terus berfikir dan belajar. Akal ini sangat terhad saudara, sebab tu kita takkan dapat mengutip segala maklumat bagaimana nak cari duit kat internet ini sekali gus saudara. 

Maklumat memang sangat banyak tetapi inilah pentingnya fokus saudara. Fokus..Fokus.. Sehingga kini saya masih fokus pada adsense sebenarnya sebab tu saya letakkan PPC Report  kat atas tu.. klik jer kat situ.. memang ramai yang mintak tips kat saya. Ada tu terus saja mesej saya.. Saya memang gembira bila ada yang mesej saya untuk tahu tentang tips adsense, bina web dll ini. Tetapi kalau boleh kita mesti kena ada give and take.. apakah yang dimaksudkan give and take ini? ”Orang memberi kita menerima” dan “Kita pula memberi dan Orang  lain menerima”.. inilah yang dimaksudkan. Rata-rata dalam menjalinkan hubungan sesama insan terutama dalam perniagaan online ni memang macam tulah keaadaannya. Jika anda sanggup itu semua, peluang untuk anda berjaya ada di hadapan. Jadi, mantapkan minda anda dengan ilmu-ilmu yang fokus dan tak ramai orang tahu tentang ilmu itu, ini bermakna inilah niche market anda..Khalas.. 



Antara Minat Dan Mood Model Perniagaan Internet; Program yang dianggap tidak berjaya.

10 11 2007

Antara “Minat” Dan “Mood” Model Perniagaan Internet; Program yang dianggap tidak berjaya.

Walaupun masa bercuti saya tinggal 1 hari saja lagi saya mahu buat posting lebih awal. Saya rindukan blog saya ni dan pembaca semua. Dalam tempoh percutian ini, saya dapati pelawat semakin berkurangan dan sudah sampai satu tahap yang agak serius iaitu “zero”. Biasalah tu kalau lama tak buat apa-apa posting memang orang tak masuk. Tapi kalau buat posting pun, semestinya posting yang paling menarik yang akan mendapat sambutan dan komen yang hangat-hangat.

Pada hari ini saya ingin dedahkan sesuatu perkara yang selama ini saya tidak sedar iaitu “minat” dan “mood” perniagaan internet. Sememangnya setiap perkara yang kita buat adalah mengikut minat kita dan mood kita. Minat dan mood ini adalah sesuatu yang berlainan. Saya membuat sesuatu mengikut minat juga tetapi kadang kala mengikut mood. Saya tidak tahu di mana saya sehingga pada hari ini. Mood sebenarnya dipengaruhi oleh persekitaran kita dalam membuat sesuatu perkara atau pekerjaan. Mood saya diakhir semester ini adalah mood sedih, gembira dan bercampur baur antara keseronokkan dan kesedihan untuk meninggalkan kampus yang tercinta.

Mood gembira ketika dalam minggu peperiksaan ialah akaun adsense saya dah penuh $100. Didalam suasana yang begitu getir semasa menghadapi peperiksaan saya sempat lagi monitor adsense saya jangan sampai berlebih lebih. Kang kalau terlebih lebih adalah habuan nak kena ban agaknya dgn google :). Ini membuatkan mood saya stabil sikit bila tengok figure earning saya.. silalah ke suhaildpm.com kalau teringin nak tengok figure tu.

Mood yang menyedihkan saya pula ialah saya mahu menutup jualan megasales saya kerana tiada sambutan. Yang saya terpaksa tanggung ialah kekurangan “space” sahaja. Saya tahu punca produk produk tersebut tak pernah mendapat sambutan ialah kerana produk tersebut adalah milik orang dan bukan milik saya sendiri. Saya beli daripada orang juga secara pukal. Ermm mengeluh sekejap…

Sebenarnya jualan megasales itu ada sejarahnya tersendiri kepada diri saya. Saya mula promosikannya sewaktu pertengahan Ramadhan baru-baru ini. Pada mulanya target saya ialah nak cari duit poket untuk beraya tahun ini dengan menjual produk tersebut tetapi malang sekali mimpi tidak menjadi kenyataan. Di ketika itu sememangnya saya begitu kesempitan sekali. Nak balik kampung pun motor rosak dan sebagainya dan perlukan wang yang begitu banyak untuk membaiki nya. Harapnya dengan hasil jualan megasales itulah nanti akan membaikkan sikit ekonomi saya tetapi sebaliknya yang terjadi. Ketika itu adsense earning saya pun hanya sejemput ajer impressionnyer inikan pula mahu clik thru. Pada ketika itu juga lah macam-macam kempen cari duit lebih diadakan oleh mereka-mereka yang tak bertanggung jawab seperti antaranya kempen “perigi buta”(bukan nama sebenar) dan sebagainya. Tidak hairanlah perkara seperti ini ditentang habis-habisan oleh otai-otai markerter Malaysia antara yang saya sempat baca ialah luahan rasa smartzul dan naem.

Saya akui bahawa sales letter yang saya guna di laman megasales tersebut adalah bukan asli daripada saya. Saya cuma ubah sikit sahaja mungkin tak sampai 10%. Walau bagaimanapun design dan grafik masih asli daripada saya :). Kini, mood saya sudah hilang untuk menjual produk sedemikian yang juga boleh didapati secara percuma di internet kerana lambakkan.

Teori demand mengatakan “That as prices rises, the quantity demanded decreases and that price falls, the quantity demanded increases. Its says that people will buy more good lower price than they will at a higher prices”. Jika sudah terdapat lambakan seperti ini, di manakah lagi saya nak cari makan dengan hanya menjual produk seperti ini bukan? :9. Adakah orang nak beli jika saya hanya meletak nilai produk yang hampir 300 Megabyte ini dengan hanya serendah harga secawan teh ‘O’ panas Sahaja!!!?? (Ops!! saya tak minum teh tarik)….

Now!! saya dah malas nak fikirkan apa-apa lagi tentang semua itu. Menjual pada saat produk tersebut masih baru wujud adalah sesuatu yang sangat bijak. Ini adalah tips yang saya terima daripada saudara Amirol. Didalam minggu peperiksaan ini juga saya sempat mendownload beberapa ebook percuma antaranya 6 module adsense, 101 cara tarik traffik dan Laporan Mohd Amirol “Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet” dan 5-Pembohongan-BESAR-Perniagaan-Internet from Amirul Faisyal…