Cuti Exam Sehingga Habis Peperiksaan Akhir

21 10 2007

exam.jpg

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada pengunjung modelniaga.com yer. Saya sedang menghadapi minggu peperiksaan besar sekarang ni sehingga 11.11.07 ni.. after that, saya tak tahu lagi nak menjalankan praktikal tambahan atau tidak. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua sahabat-sahabat saya yang akan menduduki peperiksaan dan bakal-bakal graduan seluruh Malaysia. 

Saya harap pengunjung dapat bersabar dengan info-info yang menarik selepas ini. Walaupun saya tidak buat posting, saya akan selalu update ppc-report modelniaga.com sebagai motivasi kepada diri saya dan diri anda juga yang menggemari program google adsense ini. Bagi saya, inilah suatu program yang paling bagus untuk anda semua sertai untuk menjana wang anda dalam dunia online ini. Jika belum mendapatkan ebook panduan raja adsense, klik segera link di bawah ini:

Jika anda membeli menggunakan link di atas, saya akan memberi anda RM5 kembali. Dengan ini, anda mampu berjimat RM5 dengan pembelian ebook tersebut dengan harga RM45. Tetapi buat pembayaran dulu dengan harga PENUH ebook tersebut than emelkan kepada saya guna borang hubungi mengatakan anda adalah pembeli melalui link saya.. Jangan TIPU!! yer sebab saya tahu sesiapa yang membuat pembelian menggunakan link saya ataupun tidak.

-TERIMA KASIH and GOOD LUCK-

 



Kisah Hari Raya dan Widget Bucks

14 10 2007

Assalamualaikum..wah hari lebaran yang mulia ni pun modelniaga sempat lagi buat posting yer..ermm bukannyer aper.. modelniaga berada di Taiping rumah Pakanjang. PC kat tepi jer..sentiasa online rugi ler tak online kan.. Sempat lagi buat duit dengan adsense. Today earning ada $2.05 sen jer..hehe..

Ok..modelniaga guna niche yang baru, create website baru..baru saja beberapa jam dilancarkan (tak sampai lagi 24 jam) dah ada beberapa klik…

Oh setakat itu dululah yang boleh modelniaga tulis ni.. maklumlah masih beraya kan nak ziarah menziarahi lagi.. walaupun pendek tetap bermakna.

Hari ini saya telahpun menjumpai sesuatu yang amat bagus untuk anda semua sign up. Saya tahu ramai dikalangan kita yang malas nak sigup ni tapi tidakkah rugi sama sekali jika anda mengabaikan sign up yang memberi anda pendapatan.. sign up sini —>
Earn $$ with WidgetBucks

Berikut adalah antara syarat dan term dan keuntungan yang anda boleh perolehi daripada program ini yer:

Payments and Reporting.

  1. For each month or portion thereof in which you participate in the WidgetBucks Program, Mpire will make a payment to you based upon the revenue generated via the Paid Listings on your Site, as determined by Mpire (”Publisher Payment”). You will have access to an online reporting tool to view activity generated by Widgets from your Site.
  2. Mpire will pay Publisher Payment for the previous month’s activity within forty-five (45) days of the end of each month, subject to a monthly minimum of U.S. $50.00.

Sign-Up SEKARANG!!! Klik:

Earn $$ with WidgetBucks!



Doakan Kesejahteraan Angkasawan Kita

13 10 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Wah di pagi raya yang berbahagia ni saya terlanjurlah nak menulis sedikit artikel berkaitan angkasawan kita ni. Alhamdulillah saat-saat yang kita semua nantikan pada detik ini cukup bermakna kerana angkasawan kita yang seorang Melayu dan seorang Islam tampil dengan selamat di ISS. saya tak berhajat nak tulis panjang-panjang artikel ini kerana saudara Ali telah pun ungkapkannya sebelum ini. Cuma yang saya nak bagitau sama-samalah kita semua mendoakan kesejahteraan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha selamat menjalankan experiment di angkasa lepas setelah kelihatan letih juga beliau tadi yer selepas masuk ke ISS. Wah bangganya menjadi rakyat Malaysia setelah Bahasa Melayu dikumandangkan di angkasa lepas tadi. Sebab itu saya tak melepaskan peluang di pagi raya ini untuk mengucapkan tahniah kepada angkasawan Malaysia.. Malaysia Boleh…Teruskan Usaha Anda, Doa kami sentiasa menyusuri anda…Selamat pulang ke tanah air..



Versi Update 10 Panduan Asas Membina Model Perniagaan Online

8 10 2007

Hari ini saya telah melancarkan pula Versi Update 10 Panduan Asas Membina Model Perniagaan Online.

Antara yang diubah ialah cover ebook yang cool, kesilapan ejaan dan tatabahasa serta tips-tips yang lebih padat daripada sebelum ini. Tak meleret macam sebelum ni dan mudah difahami. Ada rahsia yang saya bongkarkan di dalamnya. So, dapatkannya sekarang kerana saya masih baik hati lagi nak memberinya secara percuma kepada semua rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu perniagaan Online ini tetapi tak tahu apa yang mereka perlu lakukan. Anggaplah ini suatu pemberian ikhlas daripada saya di bulan yang mulia ini.

Selepas raya, saya akan menghadapi peperiksaan besar. Jadi, saya terpaksa bercuti seketika untuk menumpu sepenuhnya dalam peperiksaan tersebut.

Klik ebook di bawah untuk mendownload ebook versi baru ini:

cover-update-mniaga1.jpg



Statistik Modelniaga.Com

7 10 2007

statistik.JPG

Di atas ini adalah sebagai rumusan selama 5 bulan berkecimpung dalam bidang internet marketing ini. Adakah ini suatu prestasi yang baik??? Erm tentunya tidak bagi anda yang sudah pro. Tetapi tidak bagi saya yang masih baru ini. Inilah yang dikatakan cabaran.

Bagi anda yang masih baru, di atas ini adalah statistik di mana saya print screen di dalam hosting modelniaga.com. Setiap pembelian hosting anda akan disertai dengan ruangan ftp untuk anda menyemak kadar traffik yang masuk ke dalam laman web anda.  Inilah kelebihan kepada sesiapa yang memiliki hosting berbayar. Untuk anda yang mahu membeli hosting, pastikan pilihan anda tepat dan akan menjamin kualiti server anda. Saya menggunakan www.sempoihosting.com … sebenarnya saya tak tahu  nak buat posting apa, so tak salah kan saya posting aje statistik ini..Untuk panduan anda yang ada blog percuma dan mahu berubah kepada yang berbayar. Selamat mencuba. Wah.. bro naem kita dah bercuti yer. Selamat bercuti naem, selamat menyambut Aidilfitri buat semua internet markerter Malaysia yang beragama Islam. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kuku kaki seandainya ada melakukan kesilapan, tercopy newsletter ke aper ke yer.. sory ler 0-0. Hamba baru belajar..biasalah copy-mengopy nih..

P/s: Silalah sapa2 yang sudi lawat PPC Report saya di www.blog.modelniaga.com/ppc-report , walau tak seberapa tapi tetap ada earningkan.. segalanya akan terjawab jika anda memiliki f2R ..wah baik punyer promosi.. :)



Duit raya untuk tahun ini..cepat!!!!! sah hingga 9/10/07 SAHAJA!!! DAFTAR SEGERA

4 10 2007

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada peminat setia modelniaga.com…
Ada berita baik untuk anda yang ingin mencari wang tambahan daripada program internet secara percuma.

Rusell Brunson sedang mengedarkan ebook percuma bertajuk “The Internet Marketing Myth”. Jika anda membantu beliau memaklumkan perkara ini kepada rakan-rakan anda, anda akan dibayar USD1.00 (RM3.50) bagi setiap rakan anda yang mendapatkan ebook percuma ini.Jika mereka pula refer kepada rakan-rakan mereka, anda akan peroleh USD0.50 tambahan tanpa membuat apa-apa.

Apa yang anda perlu lakukan cuma emailkan perkara ini kepada rakan-rakan anda. Anda juga perlu ada akaun Paypal kerana anda akan dibayar dengan matawang US Dollar ke dalam akaun ini. Jika belum ada, daftar akaun paypal anda di www.paypal.com. Ianya percuma saja.

Tawaran ini dibuka hingga 9hb Oct 2007 sahaja. Jadi daftar segera di http://tinyurl.com/2n33q8

Mereka ini adalah jutawan internet dan sanggup membayar untuk mendapatkan senarai nama dan email. Yang saya tahu ada yang belanja ratusan ribu US Dollar untuk melaksanakan program ini.

Selamat Berjaya,



Jenis Pembayaran Terus Ke Bank Malaysia

2 10 2007

Assalamualaikum atau selamat sejahtera. Wah..melihat perkembangan yang bertambah baik dalam membuat pengeluaran transaksi di Malaysia dari semasa ke semasa. Antara nya ialah kaedah pembayaran google adsense earning dapat dilakukan dengan western union di Malaysia. Untuk mengetahui cawangan-cawangan yang berdekatan dengan tempat anda silalah semak di http://www.payment-solutions.com/agent.asp, ok biasanya anda cuma perlu letak nama bandar anda, negeri, dan negara anda sudah memadai. Macam saya kalau nak tebus cash duit adsense earning nanti cuma pergi ke CIMB kat Taiping saja, Bangunan Majlis Perbandaran atau di Perlis ni, Kangar, CIMB Jalan Penjara. Sebelum anda hendak menebus wang adsense anda silalah sertakan dokumen penting seperti I.C anda, untuk keterangan lanjut tentang western union ini sila klik https://www.google.com/adsense/support/bin/answer.py?answer=62330&useful=1&show_useful=1 .    Ini lebih mempercepatkan bayaran yang dapat dilakukan oleh pihak google kepada kita so tak perlulah tertunggu-tunggu lagi untuk cek sampai ke rumah 2-4 minggu.

Oh!! lagi satu berita baik ialah kini wang dari Paypal juga kita dapat keluarkan terus di Malaysia menggunakan Kad Debit/kredit Public Bank antaranya. Mengapa kad debit/kredit Public Bank?? kerana tidak semua kad debit/kad kredit Malaysia ini diterima oleh Paypal. Tetapi ini mungkin dalam tahap percubaan oleh pihak Paypal..so tak susah-susah nak buka akaun di US atau di Singapore lagi yer..Saya belum lagi mencuba mengeluarkan wang Paypal saya. Tetapi En Sukeri telah pun melakukan transaksi tersebut dan sedang menunggu transaksi tersebut disahkan. Ia memang mengambil masa antara 5-6 hari ataupun seminggu.

Oh!! ada lagi berita baik, anda juga boleh menyertai program affiliate http://paydotcom.com  dan jika anda dapat melakukan jualan bayaran akan dibuat menggunakan akaun paypal anda yer.

Sekian saja posting hari ini.

P/S: Semoga anda bergembira di atas info-info yang saya rumuskan di atas. Pesanan saya adalah gunakan segala kemudahan-kemudahan yang diberikan ini dengan cara yang berkhemah yer. Semoga lepas ni http://clickbank.com pula memberi ruang kepada kita melakukan sign-up di dalam alamat negara sendiri.



Bahaya!!!! Ubat Gigi Beracun

1 10 2007

 colgate_darlie.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terkilan juga saya memandangkan nasib yang dialami oleh Negara kita dan juga bangsa kita ni apabila mendapat tahu satu lagi berita. dahulunya masalah ayam yang dah ditahap serius sehinggakan saya sendiri dah tak sanggup nak berbuka dengan lauk ayam yang dibeli (sembelih sendiri ayam kampung ok la). Selalu berbuka dengan ikan pula maklumlah dok hostel memang macam ni…

Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China. Saya mendapat tahu berita ini dari salah sesuah laman web yang tajuk nya ialah “Poisonous Toothpaste Discovered In Chicago Stores”.

Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.

Ramai yang terkena bila  nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.

Sumber: http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html