Begitu banyak peluang untuk menjadi usahawan

8 08 2007

Assalamualaikum atau Selamat Sejahtera. Hari ini saya ada sedikit masa untuk mencoret mengenai peluang-peluang keusahawanan yang begitu banyak sekarang. Peluang-peluang ini jika benar-benar dimanfaatkan oleh semua orang, saya yakin tiada lagi konsep pengangguran di kalangan masyarakat kita. Sebenarnya saudara yang saya kasihi, sekarang ini kita sudah berada dizaman dunia tanpa sempadan. kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dunia ini. Pendek kata, kita semua boleh menjual segalanya di dunia ini. Semua benda ada nilainya. yang penting di sini ialah ilmu untuk menjadi usahawan itu sendiri serta “target market yang betul”. Contohnya seperti laman web gurubashid.com yang menjual idea dan kemahiran beliau sebagai seorang motivator dan juga guru kpd orang lain. Beliau dulunya juga buntu tidak tahu bagaimana untuk menjadi usahawan yang sebenar. Atas bantuan modelniaga.com, beliau mampu untuk menjadi usahawan part time disamping beliau juga menjalankan perniagaan beliau sendiri. Inilah suatu nilai tambah atau “value adding” dalam kehidupan kita. Kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir demi kesejahteraan sejagat. Jadi gunakan idea-idea anda sebagai landasan untuk anda berjaya.



Minggu yang agak busy bagi usahawan internet part time..

6 08 2007

Dalam usaha untuk menjual beli dan promote sana-sini sedar tak sedar mmg setiap minggu saya amat sibuk. Seorang usahawan part time seperti saya memerlukan komitment yang berterusan. Sememangnya bila dah ada pelanggan ni kita rasa lebih bersemangat lagi dari sebelumnya. Segala nya perlu improve ke arah yang lebih baik. Oh, nak improve apa yer?? banyak benda yang mesti kita tingkatkan dari masa ke semasa. Saya baru sahaja mengedit surat jualan dari di laman web jualan gurubashid.com..mungkin ada kelainan sedikit dari sebelumnya. Selain daripada itu, saya telah wujudkan sistem autoresponder dalam laman web beliau.

Rahsia autoresponder ini bagi sesiapa yang tak tahu lagi.  Autoresponder merupakan antara senjata yang tidak asing lagi yang digunakan oleh seluruh internet marketer Malaysia mahupun Dunia. Autoresponder bertujuan untuk mengumpul emel2 pelawat yang berminat terhadap produk kita dan menghantar mesej2 panduan/manfaat produk kepada mereka. Jadi ia boleh dikategorykan sbg prospek kita. disini ada 2 auto responder yang mmg popular dikalangan internet marketer iaitu “getrespones” dan “aweber”. ini adalah perkhidmatan 3rd party autopresponder. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, ia ada pekejnya tersendiri..bayaran bulanan mahupun tahunan. Jika anda serius dalam perniagaan online mahupun megiklankan produk di internet gunakanlah senjata ini.

Selain daripada itu, anda juga boleh dapatkan produk PERCUMA ebook saya di www.modelniaga.com … e-book ini akan diupdate dari masa ke semasa mengikut keperluan..dapatkannya sekarang, bukan senang nak dapat benda yang percuma bukan???



Instant download paypal tidak berfungsi? bukan kerana paypal..

5 08 2007

Hari ini saya nak menceritakan sesuatu kepada anda. 2 hari lepas saya telah mendapat tempahan pakej e-book FMKP dan MPK daripada salah seorang guru dari sarawak. Alhamdulillah, semuanya dah selamat dalam proses jual beli tersebut. Pembeli tersebut membuat belian melalui kad kredit. Tapi malangnya saya tidak ambil berat pada teknologi instant download di sistem mechant di paypal. Ini membuatkan link download tersebut tergendala disebabkan saya tidak linkkan kepada beliau site password produk tersebut tetapi sebaliknya hanya terus set kan link download produk tersebut sahaja dengan tidak memberitahu password . Jadi, di sini juga suatu pengajaran kepada saya dan juga anda untuk menetapkan laman yang sepatutnya dahulu sebelum pelanggan tadi dibawa ke laman download. Hari ni hampir sepetang saya edit laman tersebut dan telah apply kembali button paypal memandangkan saya ada 3 pakej produk yang berbeza dari segi harganya. Anda tahu apa itu FMKP dan MPK????? Jika anda seorang guru semestinya anda cukup tahu dan kemungkinan besar anda memerlukannya… klik sini http://www.gurubashid.com 



Masalah Usahawan Kambing Sekarang

4 08 2007

Hai semua, semoga anda semua berada dalam keaadaan sihat dan sejahtera selalu yer. Oh begitu pantas masa berlalu, saya terpaksa juga posting pada hari ini walaupun hari sudah petang, harapnya masih ada yang sudi membaca yer. Pada hari ini, pagi tadi dalam pukul 11.00 pagi saya pergi melawat ke Ladang Ternakkan Kambing Intirajaya di Jalan Kubang 3, Bukit Kateri, Perlis. Saya pergi bersama 4 lagi rakan saya yang katanya mahu buat praktikal di sana hujung tahun ni. Ketibaan kami amat disambut begitu baik oleh pengurus Ladang tersebut. Hari ini juga saya mendapat info mengenai kambing dimana sebelum-sebelum ini saya cuma baca dan dengar dari mulut orang yang tak pernah bela kambing. tapi hari ini saya agak puas hatilah kerana banyak persoalan saya yang selama ini saya simpan telahpun saya dapat jawapannya.

Anda semua hendak tahu bukan, sebelum ini saya telah menjalankan projek kambing ni terlebih dahulu tetapi malangnya nasib tidak menyebelahi saya kerana banyak kambing2 saya yang mati. daripada yang jenis mahal punye hinggalah yang jenis spesis murah seperti kambing kampung mahupun katjang(kacang). Rupanya bila saya buat pertanyaan demi pertanyaan pada si pengurus ni saya dah dapat tangkap mengapa kambing2 saya banyak yang mati. Rupanya saudara, faktor tanah juga mempengaruhi persekitaran kawasan ternakan kita. Bayangkan lah di kawasan tanah gambut (kawasan rumah saya) yang dikatakan subur dengan tanaman sayur rupanya memang sangat tak sesuai untuk mengembala ternakan seperti kambing. faktornya ialah, tanah gambut adalah tanah yang berasid, rumput yang dihasilkan oleh tanah tersebut akan membuatkan rumput tersebut juga berasid. Perut kambing sangat sensitif dengan masalah kecacingan. pendek kata saudara, kalau nak bela kambing, perut dia kita mesti kena jaga. Oleh sebab saya kekurangan ilmu mengenainya. kambing saya banyak yang mati disebabkan selama ini saya beri makan rumput yang berasid. Selain daripada itu, dikawasan tanah gambut juga terdapat banyak parasit yang sering menyerang binatang ternakan. Now!!! saya dah jual semua baki2 kambing saya yang tinggal. Saya akan kembali lagi kepada keusahawanan ini untuk suatu hari nanti memandangkan income yang masuk amat menggalakkan.



Rahsia MyBlogLog Dot Com Dalam Dunia Blogger dan Usahawan Internet

3 08 2007

Rahsia MyBlogLog Dot Com Dalam Dunia Blogger dan Usahawan Internet

Saya mula perasan mybloglog ni sebelum saya memulakan lagi kreadibiliti sebagai seorang usahawan dan “blogger” part time nie. Saya amat “jelous” dengan mereka yang mempunyai blog sendiri terutamanya “blog dot com” mereka sendiri. Pada ketika itu saya begitu pelik lah bagaimana begitu mudah untuk mendapatkan domain dot com sendiri. Semestinya mereka menggunakan kad kredit untuk memilikinya serta renew setiap tahun. Namun jangkaan saya begitu meleset. Rupanya di Malaysia sendiri sudah ada perkhidmatan domain name dan hosting yang sungguh flexible untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja. Tetapi anda haruslah belajar dulu bagaimana hendak mengkonfigurasi control panel hosting anda setelah anda membelinya nanti.

Sebenarnya zaman sekarang ini hampir semua perniagaan mempunyai laman web dot com mereka sendiri baik dari kecil-kecilan mahupun firma yang besar. Ini membuktikan bahawa pentingnya laman web sebagai medium promosi di internet. Ops…berbalik kpd rahsia mybloglog. Mybloglog merupakan suatu medium yang menghubungkan antara blogger dari seluruh dunia. Kehebatan mybloglog ini di mana kita mampu memperolehi kenalan blog, pembaca yang amat ramai sekali serta dapat bertukar-tukar link blog. Mybloglog juga ada dilengkapi dengan teknologi RSS untuk pengunjung mengetahui ada artikel yang terbaru dalam blog kita tanpa mereka masuk ke laman web kita terlebih dahulu. Apabila mereka yang buat preview itu tertarik dengan tajuk artikel kita pada hari itu, maka mereka akan terus klik pada tajuk artikel seterusnya mybloglog akan terus membawa pengunjung tadi ke laman web/blog kita. Yang penting di sini adalah admin blog perlu memasukkan “kod java script” yang dibekalkan di mybloglog untuk “paste” kan kod itu di ruang antara <body> dan <footer>. Selain daripada itu, kita juga boleh meninggalkan sebarang komen / mesej di mybloglog. Baik mesej pada diri sendiri mahupun kpd pembaca setia kita. Jika anda seorang “blogger” yang percuma ataupun berbayar jangan lupa untuk daftarkan diri anda di http://mybloglog.com yer..semoga anda berjaya untuk meramaikan komuniti blog anda.



Modal Saya Sejak 4 Bulan Bersama E-Biz

2 08 2007

Hari ini saya ingin mendedahkan sedikit pelaburan saya yang pernah saya buat dalam melakukan part time perniagaan online ini. Namun begitu, ia tidaklah semestinya anda sebagai orang baru turut mengikuti jejak langkah saya ini. Sebenarnya saudara, anda tidak lah memerlukan semua produk-produk di bawah ini jika anda tahu dimana ingin memulakannya. Saya juga ada memberi link download percuma daripada salah seorang usahawan internet sepenuh masa iaitu saudara SmartZul di akhir artikel ini. Selamat membaca yer….

Monday, April 16, 2007, 12:22:34 PM - PAKAGE & EBOOK MISIJUTAWAN – RM50

Sunday, April 22, 2007, 5:14:34 PM - EBOOK & PAKAGE BKDD – RM20

Wednesday, May 16, 2007, 5:03:04 PM - PAKAGE KIT BLOGGER – RM50

Friday, May 18, 2007, 4:48:50 PM - PANDUAN RAJA ADSENSE – RM47

Thursday, June 14, 2007, 5:54:14 AM - PAKEJ WEB JUALAN – RM47

Thursday, June 14, 2007, 6:17:10 AM -Pakej Resell-Right Product – Blog Traffic – RM15

Wednesday, July 18, 2007, 12:23:18 PM - RAHSIA-PENULIS-EBOOK & PAKEJ
EBOOK COVER  – RM47

Wednesday, July 25, 2007, 10:05:34 PM - RahsiaBuatDuitDgnSMSv1_4_printed – RM47

Tuesday, July 31, 2007, 7:23:24 PM - Produk Mega Sale Fai – RM25

Cost Domain + Hosting – Anjung Café, pakage microsite - RM50
Cost Domain + Hosting – Sempoi Hosting pakej 1 – RM44 + RM15 = 69

 JUMLAH: RM457

Inilah modal sepanjang penglibatan saya selama 4 bulan di dalam bidang ini.
Rekod transaksi yang telah anda buat untuk membeli produk atau perkhidmatan anda amatlah wajib rekodkan. Ini bertujuan supaya anda tahu sebanyak manakah modal yang anda telah belanjakan selama ini. Setiap usahawan semestinya ada misi dan visi tersendiri untuk mencapai suatu matlamat. Bagi saya pula, saya telah meletakkan suatu tahap pulangan modal pada suatu masa nanti. Modal yang saya nyatakan di atas ini adalah proses pembelajaran saya. Saya anggap ini juga sebagai yuran untuk saya sebelum saya memulakan kuliah perniagaan saya ini. Namun anda harus tahu, kesemua produk-produk di atas bukanlah saya membelinya dengan sekali gus. Dalam proses pembelajaran saya membelinya sedikit demi sedikit mengikut keperluan / silibus saya :).

Bagi anda yang baru, mahu memulakan perniagaan online saya amat cadangkan anda untuk mendapatkan produk yang percuma sahaja terlebih dahulu. Anda sememangnya memerlukan sumber-sumber yang percuma ini.

Saya juga sukacita mahu promosikan kepada anda produk percuma dari saudara SmartZul. Produk beliau ini sempena pelancaran PROJEK GELOMBANG PERTAMA beliau. Ia dilancarkan pada 27 Julai 2007 yang lalu.

Ikuti link ini http://malaysiasoho.com/usahawaninternet/usahawan-internet-sebenar.html



Nasihat saya kepada Internet Marketer yang baru nak “involve” dalam bidang ini.

1 08 2007

Bermulalah catatan saya dari blog ini. Diam tak diam sudah memasuki bulan Ogos yer. Sebenarnya sengaja saya memulakan coretan saya bermula hari ini kerana di hari yang mulia ini iaitu 1 Ogos 2007 atau bersamaan 17 Rejab 1428 Hijrah ini adalah tarikh yang memasuki bulan keramat bagi seluruh rakyat Malaysia di mana kita semua sedang berada di ambang kemerdekaan kali ke 50 tahun. Tahniah Malaysia.

Dalam mengecapi kemerdekaan ini, perlulah kita semua bebaskan minta kita dari dibelenggu penjajah lagi. Bebaskan semuanya. Sebut pasal bebas ni kan, saya tahu ramai di kalangan Internet Marketer Malaysia (IM) ni masih dibelenggu oleh komputer atau menjadi hamba kepada komputer. Dan tak terlampau juga sebenarnya untuk saya menyatakan sesuatu bahawa menjadi IM ni adalah sesuatu yang melalaikan apabila tidak kena pada tempatnya. Kadang-kadang tanggungjawab seorang muslim pun kita boleh abaikan dengan hanya terpengaruh dengan mencari wang di internet. Ini juga tak terlepas di dalam dunia perniagaan offline. Manusia sibuk mencari rezeki sampai kadang-kadang tu penat ya amat la orang kata sehinggakan terlepas semua sekali tanggungjawab seorang muslim. Ini lah yang dikatakan cabaran bagi setiap orang yang mahu membina kerjayanya sendiri mesti pandai membahagikan masa. Saya mengaku, memang terlalu sukar untuk kita mengecapi sesuatu yang bakal membawa kebahagiaan kepada hidup kita ini.

Jika anda seorang yang baru “involve” dalam IM, anda mesti perasan dan teruja dengan teknik-teknik terbaru yang dijumpai atau direka oleh IM lain  di mana begitu banyak sekali peluang-peluang mencari duit di internet ini. Kita juga tetap teruja dan kalau boleh kita juga mahu membolot semua itu bukan?? Tetapi malang sekali kita tidak akan dapat mengaut kesemuanya itu. Itulah naluri manusia yang mesti kita terima. Coretan ini datangnya dari diri saya sendiri. Dan sememangnya ia masih “fresh”. Dan ia juga telah terjadi pada diri saya yang amat teruja sekali dengan peluang-peluang cari duit yang melimpah ruah ini. Namun demikian saya masih sukar dan masih buntu bagaimanakah saya ingin menguasai pasaran internet yang begitu luas ini. Banyak teknik telah saya belajar sendiri namun amat sukar sekali untuk menguasainya.

Sekarang saya rasakan yang saya kurang ketenangan jiwa. Saya telah jauh lebih sesat dari sebelumnya. Semua ini mampu membawa saya kearah kegagalan semata-mata. Sekaranglah tibanya masa untuk saya berubah serta mendisiplinkan diri saya sebagai seorang part time dalam bidang IM dan blogger ini.

Sebenarnya, perancangan itu amat perlu sekali dalam membina kerjaya. Untuk melibatkan diri dalam bidang ini perlu serius. Kita tak perlu nak pulun sampai habis kerana kita takkan larat nak pulun pun bukan?? Kita tak larat nak buat adsense dan affiliate sekali gus dalam satu masa pulak tu, nak kemaskinikan blog lagi, nak bina laman web jualan, nak buat ebook lagi, nak buat banner, nak iklankannya lagi, nak join forum itu, forum ini, nak join group itu dan group ini, dengan friendster nyer, myspace nyer, nak belajar blog traffic nak masukkan kod itu kod ini, tambahan pula bagi mereka yang ada banyak laman web …..dan lagi dan nak lagi….so??? pendek kata semua itu tidak dapat dilakukan dalam suatu masa yang singkat. Semunya perlukan kesabaran.

Bagi mereka yang masih belajar seperti saya, cukuplah kita sama-sama utamakan pelajaran kita ini dahulu dan jadikan IM dan blogger anda sebagai part time. Sekarang ini focus pada sesuatu itu amatlah penting sekali. Saya ada misi saya tersendiri dan bagaimana pula dengan anda?? Adakah ingin pulun lagi kesemuanya????? Anda tidak akan mampu untuk pulun semua itu dalam suatu masa yang singkat. Pengalaman saya nak pilih theme untuk blog saya juga pun dah berjam-jam lamanya inikan saya hendak buat benda lain lagi dalam masa yang amat singkat, NO!! NO!! NO!!. Semestinya itu mustahil untuk dikecapi dalam masa yang amat singkat. Oleh itu uruskanlah masa kita dengan sebaiknya.