Inisiatif Paypal sebagai medium pengiklanan YSM selain kad kredit atau kad debit
31 08 2007Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung setia modelniaga.com. Okey, masih tidak terlambat saya nak ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 50 Tahun kepada seluruh Rakyat Malaysia.
Hari ni saya baru sahaja mula mempromosikan satu laman web saya yang sememangnya saya tak sebarkan kpd semua. Laman web ini ialah laman web dimana niche agak bagus. Pemilihan niche yang betul serta kajian keyword yang betul akan meningkatkan pendapatan adsense anda. Dengan menggunakan YSM, saya telah pun mula dalam mempromosikan laman web tersebut..
Tujuan YSM ni ialah supaya pelawat yang membuat carian di SEO Yahoo menggunakan keyword yang kita telah tetapkan akan nampak iklan laman web kita disebelah kanan seterusnya kebarangkalian pelawat nak mengklik pada adsense kita adalah besar selepas mereka masuk kedalam laman web kita dengan mengklik YSM berbayar itu. Oh yer, YSM memerlukan sedikit modal. Pada mulanya saya ingat pembayaran cuma boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Tetapi saya amat bersyukur kerana YSM menerima pembayaran melalui Paypal. Ini adalah salah satu inisiatif Rakyat Malaysia untuk menggunakan Paypal sebagai medium membayar pengiklanan. Inilah yang dikatakan langkah kanan. Walaupun mereka tidak menerima bank-bank dari negara kita untuk mengeluarkan wang Paypal, kita sendiri boleh menggunakan inisiatif YSM untuk menggunakan Paypal untuk pembayaran pengiklanan laman web dimana nichenya bernilai tinggi seterusnya mendapatkan hasilnya daripada upah adsense.
Terima kasih kepada yang sudi mendownload e-book percuma modelniaga dot com. Sekiranya anda belum lagi mendownload, sila ke halaman www.modelniaga.com atau klik e-book di bawah:

Categories : Semasa, Usahawan, Rahsia Internet, Catatan Penulis
.gif)










Recent Comments